suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gen Z kena datang! Aisha Retno, Iman Troye bergabung di Konsert Z NatiOn 2026

Ismail (kiri), Aisha dan Zynakal antara artis yang akan membuat persembahan.

PERSATUAN Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) tampil dengan sebuah acara konsert yang mengajak golongan muda untuk berkongsi idea serta kreativiti mereka.

Konsert Z NatiOn 2026: The Gen Z Concert yang bakal berlangsung pada 26 September depan menjadi lebih menarik dengan persembahan penyanyi yang kini menjadi ikutan ramai anak muda.

Mereka yang bakal membuat persembahan ialah Aisha Retno, Ismail Izzani, Iman Troye dan Zynakal.

KLFA harap penganjuran konsert dapat menjadi medan buat anak muda berkongsi idea. 

Selaku penganjur, KLFA meletakkan objektif utama konsert ini untuk memartabatkan generasi muda atau Gen Z dalam pelbagai bidang kepakaran seperti sukan dan industri kreatif.

Dalam masa sama, program berkenaan juga diharapkan dapat mengumpul dana bagi pihak persatuan.

Bukan itu sahaja, KLFA juga yakin penganjuran program sebegini merupakan bukti keprihatinan mereka dalam memenuhi kehendak golongan muda yang bukan sahaja mahu memberi sokongan terhadap bidang sukan.

ARTIKEL BERKAITAN: MCR, Evanescence datang KL November depan 

ARTIKEL BERKAITAN: Ella tak memilih tawaran ‘show’, sanggup turun tapak ekspo hiburkan peminat luar bandar

Justeru, acara hiburan yang dianjurkan mampu menjadi medan buat golongan ini mengekspresikan suara, bakat dan perubahan.

Pentas ini adalah manifestasi keberanian, kebebasan dan solidariti generasi digital.

Konsert berkenaan akan diadakan di Idea Live Arena, Petaling Jaya pada 26 September depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain