PENYANYI Aliff Kimiey mendedahkan keputusan berhijrah ke Kuala Lumpur adalah pilihan yang dibuat demi mengejar peluang kerjaya yang lebih besar dalam industri hiburan dan media sosial.Menurut Aliff, 23, yang juga peserta program realiti Big Stage X Rocketfuel, keputusan berhijrah ke Kuala Lumpur dibuat kerana melihat lebih banyak peluang kerjaya dalam industri hiburan dan media sosial di ibu kota. Katanya, Kuala Lumpur menawarkan peluang pekerjaan yang lebih luas berbanding negeri kelahirannya, Kelantan, sekali gus memudahkannya memperoleh tawaran sebagai artis dan pempengaruh.“Hijrah di KL adalah pilihan saya sendiri. Di sini (KL) ada lebih banyak tawaran kerja. Aliff berhijrah dari Kelantan untuk mendapatkan peluang pekerjaan.“Peluang untuk dapat kerja lebih tinggi berbanding di Kelantan.“Lagi satu gaji di Kelantan pun tak sama sebab kos hidup lebih rendah. Jadi kalau nak tawaran kerja sebagai pempengaruh dan artis lebih mudah sekiranya saya berada di KL,” katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Aliff mengakui kehidupan di ibu kota tidak semudah yang disangka dan dia pernah melalui pelbagai cabaran untuk meneruskan kelangsungan hidup.ARTIKEL BERKAITAN: Tak sia-sia buat ‘cover’ lagu, Aliff Kimiey akhirnya dapat juga jadi artis... Kini sebumbung dengan Haqiem RusliARTIKEL BERKAITAN: Aisha Retno sedia dikritik jadi juri Big Stage X RocketfuelKata Aliff, ada ketika dia terpaksa berjimat cermat sehingga hanya mampu makan sekali sehari.“Banyak cabaran hidup di KL ini. Saya bekerja keras untuk cari duit, pernah saya ikat perut hanya makan sekali sehari. “Kadang-kadang makan mi segera dengan air kosong saja. Itu sudah cukup untuk saya. “Kalau masak pun hanya makan nasi dengan telor goreng dan kicap,” ujarnya. Aliff berdikari hidup sendiri di Kuala Lumpur.Lebih menyentuh hati, Aliff berkata keluarganya tidak mengetahui kesukaran yang pernah dilaluinya kerana dia tidak mahu membebankan mereka, terutama ibunya yang merupakan ibu tunggal.“Keluarga tak tahu saya pernah hidup susah sebab saya pun tak mahu susahkan mereka. “Mak saya ibu tunggal masih bekerja. Saya tak mahu dia risau. “Tapi saya faham kesusahan hidup berhijrah tanpa keluarga ini,” katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!