GEMBIRA dan sebak... Itulah yang dirasai oleh pelakon Laila Nasir apabila anak sulungnya, Badrul Mukhriz Yeop Abdullah sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Natilia Fazdina Khaizatul Fairuz, dalam majlis pernikahan yang berlangsung pada 6 Jun lalu.Laila, 54, berkata, walaupun dia sudah berkali-kali membawa watak ibu pengantin dalam drama, pengalaman sebenar menyaksikan anak lelakinya melangkah ke alam perkahwinan memberikan perasaan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. "Alhamdulillah, sebelum ini dah akad nikah dan hari ini pula majlis bertandang. Memang rasa sebak sebab ini anak sulung dan menantu sulung.Badrul Mukhriz Yeop Abdullah memilih Natilia Fazdina Khaizatul Fairuz sebagai suri hatinya."Selalu bawa watak mak pengantin, tapi bila alami sendiri memang lain. Berdebar, gementar dan macam-macam perasaan ada. Hari ini memang hari yang sangat membahagiakan," katanya kepada mStar.Laila berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis bertandang yang diadakan di Cyberjaya, Selangor pada Sabtu.ARTIKEL BERKAITAN: Laila Nasir pernah hilang arah akibat suami pergi mengejut, terpaksa pikul tanggungjawab besarkan dua ‘hero’ARTIKEL BERKAITAN: Seminggu demam tak kebah rupa-rupanya Farisha Irwayu, Laila Nasir positif Covid-19Selepas 31 tahun membesarkan anaknya itu, Laila berkata dia kini bersyukur kerana ada insan yang sanggup berkongsi tanggungjawab menemani cahaya mata kesayangannya itu."Selama ini dia milik kita sepenuhnya. Sekarang dia dah ada insan yang istimewa di hati dia. Tapi sebagai mak, dia tetap kata mami nombor satu di hati dia."Saya bersyukur dapat menantu yang boleh menjaga dan menemani anak saya. Sebagai ibu kita nak jaga anak sampai bila-bila, sekarang ada orang yang bantu kita menjaganya," ujarnya. Saya harap dia bukan sekadar menjadi suami, tetapi juga sahabat, teman, imam dan pemimpin yang adil serta bijaksanaLAILA NASIRPELAKONDalam pada itu, Laila turut menitipkan pesanan agar anaknya memikul amanah sebagai seorang suami dengan penuh tanggungjawab."Saya harap dia bukan sekadar menjadi suami, tetapi juga sahabat, teman, imam dan pemimpin yang adil serta bijaksana."Rumah tangga ini macam kapal, suami ialah nakhoda. Apa juga dugaan dan gelora, kebijaksanaan nakhoda itu yang menentukan arah perjalanan rumah tangga," katanya.Laila sebak melepaskan anak sulung menuju alam perkahwinan.Berkongsi mengenai menantunya pula, Laila menyifatkan wanita itu seorang yang lemah lembut dan berbudi pekerti. Ceritanya lagi, pasangan itu sudah saling mengenali sejak zaman persekolahan, namun hubungan mereka menjadi lebih rapat selepas tamat pengajian sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga."Terima kasih sebab terima anak saya seadanya. Saya tahu dia memang sayang sangat pada anak saya," kongsinya.Untuk rekod, Laila Nasir berkahwin dengan Yeop Abdullah pada 17 Januari 1994 dan menjadi ibu tunggal sejak Januari 2013 selepas suaminya meninggal dunia akibat serangan jantung.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube