suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Thalita bangga ada adik perempuan, tiada istilah cemburu... Lagi ‘best’ siap kongsi nama sama!

Thalita teruja akhirnya ada adik perempuan.

LAMA mengimpikan untuk memiliki seorang adik perempuan, akhirnya impian penyanyi Thalita tercapai dengan kehadiran Akira Juwita Zahra.

Seronok menerima kehadiran ahli keluarga baharu, Thalita atau nama sebenarnya Dzahira Talita Zahra, 13, berkata dia langsung tidak berasa cemburu sekiranya bapanya, Shuib memberi perhatian lebih kepada bayi berkenaan.

"Yang mana cakap saya cemburu itu sebenarnya tak betul. Tak ada maknanya saya nak cemburu. Lagi saya bangga, lagi saya gembira sebab memang impian saya nak ada adik perempuan.

Thalita tetap jadi anak kesayangan Shuib dan Watie.

"Memang semua orang akan fokus pada bayi sebab dia baru lahir, tapi saya tak terasa pun," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Thalita berkata dia sendiri sering meminta ibunya, Watie, memberikan perhatian sepenuhnya kepada Akira kerana menyedari bayi masih kecil lebih memerlukan penjagaan.

"Mama pun layan sama saja, semua dilayan sama. Saya selalu cakap pada mama, 'Mama sayang Akira betul-betul. Tak hiraukan saya pun tak apa'. Bayi memang perlukan perhatian lebih," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Shuib terkejut remaja lelaki berani jumpa minta ‘restu’ kenal Thalita... “Kalau nak ngurat anak pakcik boleh?”

ARTIKEL BERKAITAN: Umur baru 13 tahun, Thalita sudah siapkan duit raya buat keluarga... Shuib puji didikan isteri

Bukan itu sahaja, Thalita juga mengakui teruja apabila mempunyai adik perempuan yang turut berkongsi nama 'Zahra'.

Katanya lagi, sebelum ini dia terasa namanya agak berbeza berbanding abangnya dan itu antara sebab dia mahukan seorang adik perempuan yang mempunyai nama hampir sama.

"Abang saya Uwais Al-Qarni, kemudian saya Dzahira Talita Zahra. Nama kami memang berbeza.

Thalita sedia kongsi kasih sayang dengan adik perempuan.

"Sebab itu saya teringin sangat nak ada adik perempuan yang nama kami lebih kurang sama. Bila ada Akira Juwita Zahra, saya rasa seronok sangat," luahnya.

Untuk rekod, Shuib mempunyai empat orang cahaya mata hasil perkahwinan dengan Allahyarham Siti Sarah iaitu Uwais Al-Qarni, 14, Dzahira Thalita Zahra, 13, Ariq Matin, 9, dan Ayash Affan, 4.

Shuib kemudian mendirikan rumah tangga dengan Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanafiah pada 23 Jun 2023.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Akira Juwita Zahra yang kini berusia dua bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain