suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Alvin Chong pilih diam, tapi pesan jangan cuba jolok ‘sarang tebuan’

Alvin lebih suka kongsi mengenai karier.

ENGGAN dikenali dengan kontroversi murahan, pelakon Alvin Chong lebih selesa mendiamkan diri daripada bersuara mengenai sesuatu isu hangat.

Alvin atau Alvin Chong Chean Wah, 34, berkata dia pilih jalan itu kerana bukan mudah mengekalkan nama baik daripada sebarang kontroversi. 

Namun dia tidak pula teragak-agak bersuara sekiranya kontroversi tersebut memberi kesan kepada kariernya.

Alvin pilih menjaga nama baiknya.

"Memang susah sikit untuk menjaga nama baik sendiri tapi saya tekad untuk tidak bercakap apa-apa jika timbul sesuatu isu.

"Kalau kontroversi itu melibatkan saya dan ia betul saya akan biarkan saja tapi kalau salah saya akan bersuara dan terangkan kejadian sebenarnya.

"Kalau sekadar khabar angin saja, saya akan up story dan sangkal perkara itu selebihnya terpulang pada mereka nak percaya atau tidak," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Berwajah ‘jambu’, Alvin Chong usaha gelapkan kulit untuk nampak lebih jantan

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Ditikam’ rakan industri, Alvin Chong terfikir tinggalkan dunia hiburan... Album solo penguat semangat teruskan karier

Pun begitu, dia lebih selesa berkongsi mengenai kariernya bersama peminat berbanding melatah dengan isu-isu tidak penting.

"Bergantung kepada peribadi artis itu, ada suka cipta kontroversi tapi saya fokus bakat saya seperti lakonan, nyanyian dan model saja," ujarnya.

Dalam pada itu, Alvin juga enggan dikaitkan di dalam kontroversi orang lain kerana ia juga akan memberi kesan kepada dirinya sendiri nanti.

Alvin enggan terkena tempias gosip artis lain.

"Saya juga tak suka menempel kontroversi orang lain, sebab saya tak ada dalam kejadian itu. Bila saya bersuara orang mungkin akan kongsi perkara itu dan menjadi tular.

"Tapi bagi saya itu bukan hak saya untuk bersuara melainkan saya juga terlibat dalam kejadian itu.

"Sebenarnya saya pun tak nak orang buat benda yang sama pada saya juga," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain