suria

Lakonan bakal jadi hobi, Amerul Affendi sasar bergelar pensyarah dalam tempoh setahun

Amerul kini dalam usaha menghabiskan pengajian di UPSI.

MEMASANG impian bergelar pensyarah, pelakon Amerul Affendi sedia melupakan dunia glamour demi merialisasikan cita-citanya.

Kata Amerul atau Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi, 38, tidak mustahil satu hari nanti kerjaya sebagai pelakon bakal menjadi sekadar hobi mengisi masa terluang.

Dia yang kini merupakan penuntut Sarjana di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak meletakkan sasaran tempoh setahun bagi mencapai hasratnya itu.

Amerul letakkan kerjaya seni sebagai hobi selepas bergelar pensyarah. 

“Iya, saya mahu menjadi pensyarah. Jika sekarang ‘kerja kampung’ dan berlakon. Mungkin nanti pensyarah dan pelakon pula tapi lakonan hanya hobi.

“Selepas setahun mungkin saya akan perlahankan kerjaya seni. Sasaran saya mahu jadi pensyarah,” katanya kepada mStar.

Amerul memulakan pengajian dalam bidang seni persembahan sejak 14 April lalu di UPSI.

ARTIKEL BERKAITAN: Amerul Affendi mahu jadi pensyarah, sambung belajar di UPSI 

ARTIKEL BERKAITAN: Amerul Affendi gembira pelakon wajah ‘biasa’ mula dapat perhatian, kini sibuk urus bisnes ternakan haiwan

Menurutnya sepanjang tempoh pengajian dia perlu lebih aktif kerana setiap hasil kerja dinilai sebelum dapat menggenggam sarjana.

“Pengajian saya dinilai dari segi pengalaman dan hasil kerja. Jadi saya memang teruja untuk segera tamatkan pengajian.

“Saya tak boleh nak perlahankan kerjaya seni, malah kena lebih giat dan aktif. Penilaian markah adalah dibuat berdasarkan hasil kerja dalam industri.

Selepas setahun mungkin saya akan perlahankan kerjaya seni

AMERUL AFFENDI 

PELAKON 

“Jika ada masalah pun tetap akan dinilai. Sebab setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian,” ceritanya.

Bercakap lanjut, dia mahu mengejar cita-cita itu agar dapat berkongsi ilmu dengan mereka yang mahu mendalami bidang seni.

Amerul mahu berkongsi ilmu dalam bidang seni. 

Baginya memiliki sarjana adalah tiket terbaik untuk menunjukkan dia seorang berkredibiliti sebagai tenaga pengajar.

“Mereka yang masuk universiti untuk belajar adalah disebabkan minat. Saya mahu mengajar orang yang minat ke arah itu.

“Saya perlu ada master untuk menjadi tenaga pengajar,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain