suria

Bergambar mesra peluk wanita, Azlan (The Typewritter) anggap perkara biasa

Azlan masih tahu jaga batas.

PENYANYI Azlan yang juga merupakan vokalis kumpulan The Typewriter menganggap gambar mesra dia bersama seorang wanita bukanlah satu perkara perlu diperbesarkan.

Kata Azlan atau Nor Azlan Rosle Sallehudin, 43, dia memiliki ramai rakan dan situasi dipeluk wanita sebegitu biasa berlaku.

"Saya ada ramai kawan wanita, nama pun kadang-kadang tak tahu. Tapi bagi saya gambar itu benda biasa saja.

Azlan beritahu dia ada ramai rakan wanita.

"Saya pun tak kenal perempuan itu. Saya rasa mungkin ada banyak lagi gambar jadi saya perkara ini tiada apa. Ia bukan gambar bogel atau apa," katanya.

Azlan ditemui ketika majlis rumah terbuka Raya Bersama Indigital Music dan FYP Media yang berlangsung di Petaling Jaya pada Selasa.

Dia mengulas perkara itu selepas seorang wanita memuat naik gambar mereka bersama dan ia menjadi bualan ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Hidup Azlan (The Typewriter) Berubah Selepas Dapat Anak

ARTIKEL BERKAITAN: “Suatu hari anak-anak pasti terasa” - Azlan (Typewriter) jarang kongsi foto keluarga

Menerusi foto itu, wanita berkenaan merangkul mesra pinggang Azlan.

Bagaimanapun gambar tersebut telah pun dipadam.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Azlan berkata dia tidak boleh menghalang mana-mana pihak berkongsi gambar bersama di platform media sosial sendiri.

Azlan tidak boleh halang orang lain berkongsi gambar bersamanya.

“Kalau mereka nak kongsi, biarkan sahaja. Saya tiada isu sebab yang penting saya tahu tanggungjawab saya untuk keluarga saya,” ujarnya.

Secara ringkas Azlan juga menegaskan dirinya kini masih bergelar suami orang.

Untuk rekod Azlan mendirikan rumah tangga dengan Normala Hassan pada Januari 2011.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain