ANAK perempuan pelawak Shuib iaitu Dzahira Thalita Zahra tidak lagi menjadi mangsa pulau oleh rakan-rakannya di sekolah.
Pelik dengan perkara keadaan yang berlaku sebelum ini, Shuib atau Shahmira Muhammad, 41, lega apabila mereka semua sudah kembali berbaik dan melayani Thalita seperti biasa.
“Thalita sudah tidak kena pulau dengan rakan-rakannya di sekolah dan semuanya sudah kembali seperti biasa.
Thalita rajin berlatih untuk mencapai cita-cita bergelar penyanyi profesional.
“Saya pun rasa pelik dengan kawan-kawan sekolah Thalita, kenapa sampai nak palau orang?,” katanya kepada mStar.
Bercerita lanjut, Shuib memberitahu dia turut menasihati Thalita tidak mengendahkan mereka yang memulaunya kerana tiada faedah melayani hal remeh.
Kata Shuib, cara itu nampaknya berhasil apabila rakan-rakannya menyedari kesilapan dilakukan dan kembali bersahabat dengannya.
“Agak keras nasihat yang saya berikan kepada anak tapi syukur semuanya kembali normal.
ARTIKEL BERKAITAN: Nama anak Shuib semakin popular, Thalita dedah kena ‘pulau’ dengan rakan sekolah
ARTIKEL BERKAITAN: Thalita nak jadi artis, Shuib dah sedia kena kecam
“Saya cakap pada Thalita kalau mereka tidak mahu berkawan, biarkan sahaja dan lalui hidup seperti biasa.
“Sebab pada akhirnya mereka sedar sudah buat kesilapan… Akhirnya mereka berbaik dan berkawan semula dengan Thalita,” jelasnya.
Pada Januari lalu, sejak nama Thalita, 13, semakin dikenali dia mendakwa dipulaukan segelintir rakan-rakannya di sekolah.
Malah Thalita sendiri tidak tahu apakah punca sebenar perkara itu berlaku.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!