suria

Jennifer Lawrence rasa selamat berlakon babak intim dengan Robert Pattinson, tiada masalah berbogel dalam filem

Lawrence (kiri) selesa bergandingan dengan Robbert dalam babak intim.

PELAKON Jennifer Lawrence mendedahkan bahawa dia tidak memerlukan koordinator intimasi semasa penggambaran babak intim bersama aktor Robert Pattinson dalam filem terbaharu mereka berjudul Die My Love.

Dalam temu bual di podcast Las Culturistas sempena jelajah promosi filem itu, Lawrence menjelaskan bahawa dia berasa selamat sepanjang penggambaran di bawah arahan pengarah terkenal Lynne Ramsay.

“Kami sebenarnya tidak ada (penyelaras intimasi) atau mungkin ada tapi kami tidak benar-benar gunakannya. Saya rasa sangat selamat dengan Rob (panggilan Robert).

Lawrence berasa selamat ketika beraksi bersama Robbert.

“Dia bukan jenis lelaki yang miang, dan dia sangat menyayangi pasangannya, Suki Waterhouse. Kami lebih banyak berbual tentang anak-anak dan hubungan masing-masing.” katanya.

Filem psikodrama tersebut menampilkan Lawrence sebagai seorang wanita mengalami gangguan mental selepas melahirkan anak, manakala Pattinson memainkan watak suaminya yang semakin tidak berdaya.

Dalam pada itu, Lawrence turut menjelaskan bahawa suasana penggambaran tidak pernah menjadi janggal selain tidak kekok untuk tampil berbogel. 

ARTIKEL BERKAITAN: Jennifer Lawrence dedah cara diet, makan apa sahaja

ARTIKEL BERKAITAN: Robert Pattinson lelaki paling tampan di dunia... Kajian pakar bedah plastik dapati raut wajah hampir sempurna

“Tiada situasi pelik seperti, ‘Adakah dia fikir saya sukakan dia?’ Kalau ada pun perasaan begitu, saya mungkin perlukan penyelaras intimasi.

“Saya tidak kisah tentang adegan bogel. Saya tidak sensitif mengenainya," ujarnya. 

"Ramai pelakon lelaki mudah tersinggung kalau kita tidak menunjukkan minat, dan kadang-kadang mereka mula bertindak balas secara pasif. Tapi Rob bukan begitu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain