suria

Robert Pattinson lelaki paling tampan di dunia... Kajian pakar bedah plastik dapati raut wajah hampir sempurna

Bintang filem Twilight dikatakan lelaki paling kacak di dunia.

PAKAR pembedahan plastik selebriti telah mendedahkan bahawa pelakon Robert Pattinson, 36, merupakan lelaki paling kacak di dunia menurut kaedah kajian saintifik.

Dr. Julian De Silva yang merupakan pakar pembedahan plastik di Harley Street, London menggunakan teknologi ‘mapping’ untuk mencari wajah yang sesuai dengan piawaian kecantikan Yunani Purba.

Menurut mirror.co.uk, doktor itu mendapati Robert telah mengatasi individu lain yang menjadikannya menerima keputusan 92.15 peratus untuk ujian kesempurnaan.

robert1

Robert merupakan pelakon utama dalam filem Batman.

ARTIKEL BERKAITAN: Ejen pun terkejut tiba-tiba Robert Pattinson tukar fikiran nak berlakon filem ‘The Batman’

ARTIKEL BERKAITAN: Diddy Hirdy ralit tengok penggambaran 'The Batman', teruja nampak Robert Pattinson depan mata

Foto-foto selebriti itu diambil sebagai subjek dalam ujian dan melihat kadar bentuk muka sebagai kajian.

Hasil kajian menunjukkan selebriti Hollywood itu mempunyai wajah dan perincian yang paling sempurna.

robert2

Pengiktirafan kekacakan selebriti ini dibuat berdasarkan kajian saintifik.

Robert menduduki tempat pertama dalam kajian tersebut, seterusnya diikuti oleh pelakon Henry Cavill dan Bradley Cooper di kedudukan ketiga.

Untuk info, Robert memegang watak utaman sebagai Bruce Wayne dalam filem adiwira terkenal, Batman. Pelakon ini sebelumnya pernah popular menerusi siri filem Twilight gandingan bersama Kristen Stewart.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain