suria

Diddy Hirdy ralit tengok penggambaran 'The Batman', teruja nampak Robert Pattinson depan mata

Diddy Hirdy kongsi pengalaman tengok penggambaran filem The Batman.

PENYANYI Diddy Hirdy berkongsi pengalaman manis apabila dapat menyaksikan sendiri penggambaran filem Hollywood The Batman yang berlokasi di Liverpool, England.

Lebih menerujakan, Diddy, 35, berkata, dia turut bertemu pelakon popular Robert Pattinson yang membawakan watak utama dalam filem itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Diddy Hirdy (AF4) kongsi situasi Covid-19 di UK - “Kami kumur air garam, minum rebusan serai dan halia untuk tak nak sakit”

"Minggu lepas, selepas selesai urusan penting di awal pagi di City Centre, saya pun kebetulan lalu di kawasan shooting tu. Masa tu sekitar jam 9.30 pagi, dari jauh nampak mereka dah mula dah kerja.



Antara foto Robert Pattinson yang sempat dirakam Diddy.

"Yang menariknya, tak ramai orang berkumpul dan berkerumun untuk menyaksikan proses penggambaran macam yang selalu nampak kat media, kecuali jurufoto yang bawa kamera panjang tu (mungkin paparazzi) setia berdiri dalam sejuk snap gambar bertalu-talu.

"Saya pun join la sekali tengok sambil bawa keluar handphone cap ayam ni, cuba la ambil gambar dan video kot-kot ternampak Robert Pattinson, boleh la jadikan modal tunjuk kat adik-beradik dan anak buah yang minat dia!" ujarnya.

Diddy kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Doktor Falsafah di University of Liverpool.

Bekas peserta Akademi Fantasia (AF4) musim keempat itu berkata, pada awalnya dia tidak pernah kisah atau tertarik untuk menyaksikan penggambaran itu biarpun berhampiran dengan kediamannya.



Penggambaran filem The Batman diadakan di Liverpool.

Namun lama-kelamaan dia mula berasa ralit dan menghabiskan masa setengah jam dalam cuaca sejuk semata-mata untuk terus menyaksikan penggambaran itu.

"Dari mula rasa tak nak berapa kesah sangat shooting The Batman ni, namun tiba-tiba terpana pula tengok diaorang shooting.

"Kru, props, peralatan siap ada beberapa skrin hijau besar dan pelakon tambahan yang ramai, memang nampak gah la.

"Jadi dapat la tengok beberapa babak penggambaran, katanya ini semua babak kematian. Dapat la tengok Robert Pattinson dalam kereta bila dia sampai, sambil kru tolak kereta dia. Beberapa kali juga la dia ulang scene ni," ceritanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain