Farah Nabilah selamat melahirkan bayi lelaki, akan dedah wajah dan nama pada masa sesuai

Farah Nabila dan suami timang anak lelaki pada Khamis.

PELAKON Farah Nabilah selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital swasta di Ampang pada awal pagi Khamis.

Farah atau nama sebenarnya Farah Nabilah Saipuddin, 28, berkongsi berita gembira itu menerusi instagram dan memberitahu dia dan bayi tersebut berada dalam keadaan sihat.

ARTIKEL BERKAITAN: Lama berehat rupa-rupanya Farah Nabilah bakal jadi ibu, kini hamil lima bulan - “Menangis tak dapat makan yang saya idam kerana PKP”

“Syukur Alhamdulillah Fawaa telah selamat melahirkan bayi lelaki sihat pada pagi tadi.



Farah umum hamil lima bulan Jun lalu.

“Terima kasih atas doa yang dititip untuk kami bertiga selama ini. Semoga Allah merahmati anda semua terutamanya dalam keadaan macam ni” tulisnya.

Farah memberitahu akan berkongsi nama dan wajah bayi sulungnya itu pada masa yang sesuai.

Farah berkahwin dengan juruterbang Mohammed Amirul Yunus, 29, dalam sebuah majlis gilang gemilang pada 20 Disember tahun lalu.

Pelakon drama Titian Cinta ini mengumumkan hamil lima bulan pada Jun lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain