suria

Ejen pun terkejut tiba-tiba Robert Pattinson tukar fikiran nak berlakon filem ‘The Batman’

Ada sebab Robert Pattinson setuju membintangi filem Batman.

KEPUTUSAN pelakon Robert Pattinson menerima tawaran berlakon dalam filem The Batman mengejutkan ramai pihak termasuklah ejen pengurusannya.

Ini kerana Robert sebelum ini pernah memberitahu dia cuba mengelak untuk berlakon dalam filem-filem bersiri popular lain kerana dirinya sudah sebati dengan karakter Edward Cullen dalam The Twilight Saga.

Namun kali ini Robert tiba-tiba bersetuju memegang watak utama sebagai Bruce Wayne dalam filem adiwira terkenal, Batman.

"Saya mahu bawa watak-watak berbeza. Malah ejen saya pun terkejut katanya... oh menarik, saya fikir anda hanya nak bawa watak orang aneh?

"Saya pun menjawab... ya! Dia (watak Bruce Wayne) adalah orang aneh," katanya kepada portal Variety.

Robert Pattinson Batman 2

Robert Pattinson bergandingan bersama Zoe Kravitz dalam The Batman.

Sementara itu, pengarah Matt Reeves mengakui menerima pelbagai reaksi penonton apabila mengumumkan Robert Pattinson sebagai pelakon utama filem ini.

"Belum ada aktor yang ketika namanya diumum menjadi watak utama dalam filem ini yang tidak dikecam.

"Yang tidak suka itu saya tahu mereka tak pernah menyaksikan lakonan Robert Pattinson selepas Twilight," ujarnya.

The Batman dijangka menemui penonton seluruh dunia bermula 4 Mac tahun depan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain