suria

Zayn Malik ‘unfollow’ IG selepas gosip cinta Gigi Hadid dan Leonardo DiCaprio bertiup kencang!

Zyan Malik sudah tidak mengikuti Instagram Gigi Hadid selepas khabar angin percintaan bersama Leonardo DiCaprio.

BEKAS penyanyi One Direction, Zayn Malik dikatakan telah berhenti mengikuti Instagram bekas kekasihnya, Gigi Hadid yang dikatakan sedang menjalinkan hubungan bersama pelakon Leonardo DiCaprio.

Memetik laporan Mirror, Zyan Malik atau nama sebenarnya Zain Javadd Malik, 29, tidak lagi mengikuti Gigi dan kini hanya memiliki 24 orang following yang mana separuh daripadanya merupakan akaun peminat.

Bagaimanapun, Gigi masih lagi mengikuti akaun Instagram Zayn sama seperti sebelum ini.

103410732_272563684007065_1001753681512474406_n

Zayn Malik dan Gigi Hadid pernah jalinkan hubungan selama enam tahun.

Untuk rekod, Zyan dan Gigi telah menjalinkan hubungan selama enam tahun dan mereka miliki seorang anak perempuan bernama Khai yang kini berusia dua tahun.

Pasangan ini bagaimanapun dilaporkan sudah berpisah pada Oktober tahun lalu selepas terdapat dakwaan Zayn memukul Ibu Gigi, Yolanda semasa pertengkaran namun dinafikan oleh penyanyi berkenaan.

Pasangan itu memilih untuk membawa haluan masing-masing dan kini Gigi dipercayai menjalinkan hubungan dengan Leo pada awal bulan ini hingga timbul dakwaan mereka sedang bercinta.

ARTIEKL BERKAITAN: Tak sampai seminggu kembali solo, Leonardo DiCaprio kini tagih cinta Gigi Hadid

ARTIKEL BERKAITAN: Lama menghilang gara-gara putus cinta, Zayn Malik muncul dengan imej berjanggut tebal

Menurut sumber, hubungan Leo dan Gigi mendapat sokongan teman-teman.

Mereka dilihat meluangkan masa bersama secara terbuka meskipun Leo baru sahaja berpisah dengan bekas kekasihnya Camila Morrone.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain