suria

[VIDEO] Anak Aamir Khan bertunang... Ira Khan kongsi momen kekasih melutut lamar di Itali

Anak kepada pelakon itu berkongsi video di mana teman lelakinya melutut dan melamarnya.

ANAK perempuan kepada pelakon Aamir Khan iaitu Ira Khan mengumumkan pertunangan bersama teman lelakinya Nupur Shikhare.

Nupur melamar Ira, 25, sewaktu menyertai pertandingan Ironman yang berlangsung di Itali.

Anak kepada pelakon itu berkongsi video memperlihatkan jejaka berusia 35 tahun itu melutut dan melamarnya.

Nupur menyuarakan hasratnya untuk berkahwin dengan Ira sambil menghulurkan sebentuk cincin.

"Popeye: Dia berkata ya.

"Ira: Saya berkata ya," tulisnya di Instagram.

ira2

Pasangan ini menjalin hubungan kira-kira dua tahun yang lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Filem ‘Laal Singh Chaddha’ gagal tarik peminat, Aamir Khan ambil tanggungjawab tanggung kerugian RM56 juta

ARTIKEL BERKAITAN: Aamir Khan berdepan tindakan undang-undang hina tentera India dalam filem ‘Laal Singh Chaddha’

Rata-rata peminat dan rakan selebriti mengucapkan tahniah dan berpendapat mereka merupakan pasangan yang sangat comel dan manis.

"Ini adalah perkara paling manis yang saya pernah lihat. Tahniah!

"Tahniah kepada anda berdua. Video ini sangat comel," tulis netizen.

ira3

Ira merupakan anak bersama bekas isteri Reena Dutta.

Untuk info, Ira dan Nupur telah menjalinkan hubungan sejak Jun 2020.

Pasangan ini kerap muncul di media sosial dan sering meluahkan rasa cinta antara satu sama lain menerusi hantaran di Instagram.

Sebelum ini, Ira mengakui kehadiran Nupur dapat membantunya menangani masalah anxiety.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain