suria

Shajiry dah lama tunggu peluang bertanding, tak setuju GV malukan penyanyi

PENYANYI Shajiry tidak bersetuju dengan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa program Gegar Vaganza menjatuhkan reputasi dan kredibiliti penyanyi senior.

Mengulas perkara itu, Shajiry atau nama sebenarnya Shajiri Damery, 52, tidak melihat program itu membawa keburukan sebaliknya menaikkan lagi nama populariti sesetengah artis lama.

"Saya berminat juga nak masuk program Gegar Vaganza tapi tiada peluang lagi buat masa ini.

"Gv ni menjatuhkan memang tak rasanya sebab dia menaikkan nama artis tersebut sebab program ni sangat besar jadi orang akan nampak dan mula cari tahu siapa penyanyi tu.

"Mana yang takut nak masuk tu mungkin sebab kurang kepercayaan dengan diri, malah komen daripada juri bagus untuk perbaiki diri," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi