suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Kaki bekas pemain England digilis jentera penggelek padang semasa sesi pemanas badan

Kaki Townsend digilis ketika sesi pemanas badan.

BEKAS pemain bola sepak England, Andros Townsend berdepan detik mencemaskan apabila kakinya digilis jentera penggelek padang ketika melakukan sesi pemanas badan sebelum perlawanan di Thailand.

Lebih mengejutkan, pemain berusia 35 tahun itu terselamat tanpa mengalami kecederaan serius, malah masih sempat diturunkan dalam perlawanan tersebut.

Kejadian berlaku ketika Townsend bersama rakan sepasukan PT Prachuap sedang melakukan persiapan sebelum menentang Pattani di Stadium Wilayah Pattani pada Sabtu.

Rakaman kejadian menunjukkan Townsend seperti tidak menyedari sebuah jentera penggelek padang bergerak perlahan menghampirinya dari tepi padang.

Beberapa rakan sepasukan yang menyedari kejadian itu kelihatan terkejut apabila kaki kiri Townsend tersepit di antara penggelek besar jentera berkenaan dengan permukaan padang.

Pemandu jentera itu segera bangun dari tempat duduknya selepas menyedari kejadian berkenaan.

Townsend bagaimanapun berjaya bangun semula sebelum berjalan dalam keadaan tempang meninggalkan lokasi kejadian.

Meskipun berdepan insiden mengerikan itu, bekas pemain Tottenham Hotspur berkenaan masih mampu beraksi apabila dimasukkan sebagai pemain gantian pada masa kecederaan.

Dia menggantikan Jesper Nyholm dan membantu PT Prachuap mencatat kemenangan 3-0 ke atas Pattani.

Townsend kemudiannya sempat berseloroh mengenai kejadian tersebut menerusi media sosial, sekali gus memberi gambaran dia tidak mengalami kecederaan serius.

Dia turut berkongsi semula video kejadian [Tonton Video] itu dengan kapsyen berbunyi 'hari biasa dalam bola sepak Thailand' berserta emoji ketawa.

Townsend menyertai PT Prachuap dari Kanchanaburi Power bulan lalu.

Sepanjang kariernya, pemain sayap itu pernah menyarung jersi beberapa kelab England termasuk Tottenham Hotspur, Newcastle United, Crystal Palace, Everton dan Luton Town.

Dia juga pernah membuat 13 penampilan bersama skuad kebangsaan England. -Agensi

Artikel Lain