SKUAD Harimau Malaya meraih kemenangan 1-0 ke atas Vietnam dalam aksi penentuan tempat ketiga Piala ASEAN FIFA 2026 pada Isnin.Lebih manis, kejayaan yang diraih pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe itu menamatkan penantian 12 tahun menundukan lawan dari Asia Tenggara itu sejak kali terakhir pada 2014. Harimau Malaya terpaksa menunggu sehingga babak kedua untuk memecahkan kebuntuan selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama.Gol tunggal negara dijaringkan oleh Fergus Tierney pada minit ke-62.Kempen skuad negara dalam saingan Piala ASEAN FIFA 2026 harus dipuji kerana menjaringkan 10 gol tanpa bolos dalam empat perlawanan.Di peringkat kumpulan, Malaysia bermula dengan kemenangan 3-0 ke atas Bangladesh, seri 0-0 dengan tuan rumah Indonesia sebelum membelasah Singapura 6-0.