suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan sebab gout! Ini punca sebenar tumit rasa tajam menyucuk apabila pijak lantai selepas bangun tidur

Sakit menyucuk pada tumit pastinya membuatkan seseorang itu berasa tidak selesa untuk bergerak. -Gambar hiasan AI

RAMAI yang pernah mengalami situasi sakit tumit yang seolah-olah dicucuk paku sebaik sahaja bangun daripada tidur atau selepas duduk dalam tempoh lama. 

Kesakitan yang sering dialami itu pula membuatkan ramai menyangka mereka mengalami masalah asid urik tinggi atau gout.

Hakikatnya, dalam kebanyakan kes ia berpunca daripada plantar fasciitis iaitu keradangan pada tisu tebal di tapak kaki yang menghubungkan tulang tumit dengan jari kaki.

Mengulas mengenainya, doktor perubatan keluarga dari Singapura, Dr Kent Khaw berkata, tisu berkenaan bertindak seperti 'spring' atau penyerap hentakan semula jadi badan.

Namun apabila usia meningkat dan dipengaruhi beberapa faktor harian, tisu itu mula hilang keanjalan sebelum mengalami koyakan halus (micro-tears), sekali gus menyebabkan keradangan.

Menurut beliau, antara punca yang sering menyebabkan masalah itu berlaku ialah berdiri terlalu lama, pertambahan berat badan serta kerap memakai kasut yang nipis atau tidak mempunyai sokongan lengkungan tapak kaki (arch support) yang baik.

Walau bagaimanapun, ujar Dr Kent, keadaan itu boleh dirawat tanpa pembedahan jika diberi perhatian sejak awal. 

Berikut antara perkara yang perlu anda ketahui berhubung kesakitan yang dialami.

1. Plantar fasciitis bukan gout

Menurut Dr Kent, ramai pesakit datang ke klinik dalam keadaan bimbang kerana menyangka mereka menghidap gout atau masalah saraf.

Namun katanya, kesakitan yang hanya dirasai pada tumit terutama ketika langkah pertama pada waktu pagi selalunya berpunca daripada plantar fasciitis, bukannya asid urik tinggi.

Penggunaan kasut nipis dan tanpa sokongan arch boleh menyebabkan sakit tumit berlaku. -Gambar hiasan AI

Penggunaan kasut nipis dan tanpa sokongan arch boleh menyebabkan sakit tumit berlaku. -Gambar hiasan AI

2. Tisu tapak kaki mula hilang keanjalan apabila usia meningkat

Tisu tapak kaki berfungsi seperti spring atau penyerap hentakan semula jadi badan.

Apabila usia meningkat, tisu itu semakin hilang keanjalan dan mudah mengalami koyakan halus (micro-tears), sekali gus mencetuskan keradangan.

3. Tabiat harian meningkatkan risiko koyakan tisu berkenaan

Menurut Dr Kent, antara faktor utama yang sering menyebabkan masalah itu ialah berdiri terlalu lama setiap hari.

Faktor peningkatan berat badan turut mempengaruhinya berikutan tekanan berlebihan diletakkan pada tapak kaki.

Mereka yang kerap memakai kasut nipis atau kasut tanpa sokongan lengkungan tapak kaki turut berisiko menghidap masalah ini selain berjalan di atas lantai mozek tanpa selipar.

4. Punca sakit lebih teruk pada waktu pagi

Ketika tidur, tisu tapak kaki akan mengecut sebagai proses pemulihan.

Apabila seseorang terus memijak lantai selepas bangun, tisu tersebut diregangkan secara mengejut sehingga menyebabkan rasa sakit yang tajam pada tumit. 

Selepas beberapa minit berjalan, tisu kembali memanas dan meregang, menyebabkan kesakitan semakin berkurangan.

Beliau bagaimanapun mengingatkan supaya mendapatkan pemeriksaan di klinik sekiranya sakit tumit berlarutan atau semakin teruk bagi memastikan punca sebenar dikenal pasti dan rawatan yang sesuai dapat diberikan.

Artikel Lain