RAMAI wanita menganggap setiap pemeriksaan yang dilakukan di klinik adalah wajib apath lagi ia disarankan oleh doktor.Maka tidak hairan ramai tidak mengambil peduli sama ada 'saranan' doktor tersebut benar-benar diperlukan atau sebaliknya. Situasi lebih membimbangkan apabila ada yang bersetuju menjalani pemeriksaan dalaman terutama pada bahagian sulit tanpa mendapatkan penjelasan secukupnya.ARTIKEL BERKAITAN: Selaput dara... Antara mitos dan fakta, penting untuk ambil tahu kalau tak mahu jatuh fitnah!Bagi mengelakkan perkara tersebut berlaku, Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Dr. Khabbab Jamalludin mengingatkan wanita yang belum pernah melakukan hubungan seksual supaya tidak sewenang-wenangnya membenarkan pemeriksaan dalaman dilakukan.Mengulas mengenainya, ujar Dr. Khabbab, pemeriksaan luaran tidak menjadi masalah, namun pemeriksaan dalaman melibatkan kemasukan jari atau alat seperti spekulum sepatutnya hanya dilakukan jika benar-benar mempunyai indikasi perubatan.Malah katanya, sekiranya perlu, pesakit wajar dirujuk ke Jabatan O&G hospital."Kalau memang doktor itu rasa perlu sekali pun, minta dia rujuk ke Jabatan O&G hospital terdekat.Wanita yang belum berkahwin cenderung untuk mengalami kemurungan apabila melibatkan pemeriksaan dalaman pada bahagian sulit. -Gambar hiasan AIMemang benar koyakan pada selaput dara (hymen) tidak bermakna jika memang ada indikasi atau keperluan, namun kami juga maklum tentang signifikasi bagi masyarakat awam terutama emosi pesakit," jelasnya di Facebook.Dr. Khabbab turut meluahkan kehairanan berikutan terdapat segelintir pengamal perubatan yang menggunakan alasan ujian pap smear untuk melakukan ujian dalaman.Ia berikutan, ujian tersebut bukan untuk semua wanita kerana saringan kanser serviks lazimnya hanya signifikan bagi mereka yang pernah melakukan hubungan seksual.Sehubungan itu, beliau turut menasihati mana-mana wanita yang pernah menjalani pemeriksaan dalaman tanpa alasan munasabah atau penjelasan sewajarnya supaya tampil membuat aduan melalui saluran rasmi seperti Portal MyCKAPS atau Sistem Pengurusan Aduan Awam (SiSPAA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).