suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu hamil tolong ‘alert’ tentang 7 perkara ini! Jangan sebab nak glowing, merana badan... Doktor tempat rujukan terbaik

Wanita hamil perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa sahaja ubat-ubatan mahupun suplemen tambahan. -Gambar hiasan AI

SEPANJANG tempoh kehamilan memerlukan penjagaan rapi kerana setiap makanan, ubat-ubatan dan produk yang diambil berpotensi memberi kesan kepada ibu serta kandungan.

Disebabkan itu, banyak perkongsian mengenai penjagaan kehamilan dikongsi bagi memberi panduan dan kesedaran kepada ibu mengandung agar tidak tersalah langkah dan membahayakan kandungan.

Terbaharu, seorang pelayar Threads, Ummah Shalihah yang kerap berkongsi informasi mengenai kehamilan menyenaraikan tujuh perkara yang menurutnya wajar dielak wanita hamil bagi mengurangkan risiko serta komplikasi terhadap kandungan.

Ummah menjelaskan antara perkara wajar diberi perhatian termasuk mengelak melakukan rawatan meluruskan rambut (rebonding) atau mewarnakan rambut ketika hamil.

Jelasnya, bahan kimia tertentu dalam produk rawatan tersebut didakwa boleh memberi kesan kepada kehamilan, terutama pada peringkat awal pembentukan janin.

Wanita hamil sebaiknya tidak terpengaruh dengan suplemen tambahan yang dipromosikan tanpa mendapat nasihat doktor. -Gambar hiasan AI

Wanita hamil sebaiknya tidak terpengaruh dengan suplemen tambahan yang dipromosikan tanpa mendapat nasihat doktor. -Gambar hiasan AI

Selain itu, dia turut mengingatkan supaya wanita hamil tidak mengambil vitamin C secara berlebihan atau mendapatkan suntikan vitamin C tanpa nasihat doktor.

Perkongsian sama turut menyebut pengambilan ubat penahan sakit yang mengandungi ubat antiradang bukan steroid (NSAID) tanpa pengawasan doktor serta penggunaan produk penjagaan kulit mengandungi retinol, salicylic acid, hydroquinone dan beberapa bahan aktif lain.

Dalam pada itu, wanita hamil juga disaran mengelakkan makanan separuh masak seperti telur, daging dan sushi kerana dikhuatiri boleh menyebabkan jangkitan bakteria seperti salmonella yang membahayakan kandungan.

Katanya lagi, pengambilan ikan laut yang mengandungi kandungan merkuri tinggi juga perlu dihadkan sepanjang tempoh kehamilan.

Bagaimanapun, wanita hamil dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat doktor atau pakar obstetrik sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan ubat, suplemen, rawatan kecantikan atau pemakanan bagi memastikan ia bersesuaian dengan keadaan kesihatan masing-masing.

Artikel Lain