suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kereta mula tersasar dari lorong, mata berkelip perlahan antara 3 tanda awal ‘microsleep’ sering dipandang ringan

Penumpang perlu memainkan peranan penting menyedarkan pemandu yang kelihatan mengantuk. -Gambar hiasan AI

RAMAI menyedari risiko memandu dalam keadaan mengantuk, terutama ketika melakukan perjalanan jauh.

Namun, tidak semua pemandu mampu mengenal pasti tanda awal badan mula mengalami microsleep sebelum kejadian lebih buruk berlaku.

Seorang lelaki berkongsi tiga petanda yang menurutnya tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh menjadi isyarat seseorang bakal mengalami microsleep, iaitu keadaan otak tertidur seketika walaupun mata masih kelihatan terbuka.

Menurutnya, situasi itu bukan sekadar gurauan, sebaliknya amaran bahawa badan sudah mencapai had keletihan akibat memandu terlalu lama tanpa berehat.

Microsleep boleh berlaku tidak mengira waktu. -Gambar hiasan AI

Microsleep boleh berlaku tidak mengira waktu. -Gambar hiasan AI

1. Mata mula berkelip perlahan

Katanya, antara tanda paling awal ialah mata mula berkelip dalam keadaan perlahan atau terasa semakin berat.

Jelasnya, keadaan itu pernah diberi peringatan oleh pakar keselamatan jalan raya kerana microsleep merupakan antara punca utama kemalangan di lebuh raya.

"Microsleep ini pembunuh senyap atas jalan raya. Kau rasa kau sedar, tapi sebenarnya otak kau dah tidur selama dua hingga tiga saat.

"Dalam tempoh beberapa saat itu saja, kereta boleh tersasar masuk ke lorong kenderaan berat," kongsinya di Threads.

2. Otak terasa tepu dan sukar fokus

Selain itu, dia berkata perjalanan jauh, kesesakan lalu lintas, perut kosong dan keadaan yang membosankan boleh menyebabkan otak menjadi lesu.

Menurutnya, apabila otak kekurangan rangsangan dan tenaga, ia cenderung mematikan fungsi seketika seperti komputer yang kehabisan bateri.

"Otak kau bosan dan kurang oksigen. Dia automatik nak shut down macam laptop habis bateri," katanya.

3. Kereta mula tersasar dari lorong

Tambahnya, petanda paling membimbangkan ialah apabila kenderaan mula terbabas sedikit sehingga tayar melanggar garisan jalan dan mengeluarkan bunyi.

Katanya, situasi itu sering menyebabkan penumpang terkejut, malah boleh mengundang kemalangan jika pemandu gagal mengawal kenderaan.

"Kalau betul-betul langgar, bukan saja kos baiki kereta tinggi dan hilang diskaun tanpa tuntutan (NCD), malah boleh membahayakan nyawa," katanya.

Dalam pada itu, dia turut menegur tabiat sesetengah pemandu yang hanya bergantung kepada minuman manis untuk kekal segar ketika memandu.

Menurutnya, lonjakan gula dalam badan hanya memberi kesan sementara sebelum rasa mengantuk datang semula dengan lebih kuat.

Artikel Lain