suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Turun 60kg dalam setahun! Wanita dedah rahsia kurus tanpa suplemen, cuma amal 5 tip secara konsisten

Memilik tubuh badan yang sihat menjadi idaman para wanita. -Gambar hiasan AI

MEMILIKI tubuh badan yang langsing dan sihat sememangnya menjadi idaman kebanyakan wanita.

Namun, proses menurunkan berat badan bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan disiplin tinggi serta komitmen berterusan dalam mengubah gaya hidup.

Seorang wanita berkongsi kejayaannya menurunkan berat badan daripada 140 kilogram (kg) kepada 80kg melalui beberapa amalan mudah yang diamalkan secara konsisten.

Kurangkan mengambil pencuci mulut sebagai hidangan dapat membantu mengurangkan berat badan. -Gambar hiasan AI

Kurangkan pengambilan pencuci mulut sebagai hidangan dapat membantu mengurangkan berat badan. -Gambar hiasan AI

Menurutnya, kejayaan tersebut bukan dicapai melalui kaedah ekstrem, sebaliknya dengan mengawal pemakanan dan meningkatkan aktiviti fizikal harian.

"Terdapat lima tip saya amalkan dalam tempoh setahun untuk turun berat badan daripada 140kg ke 80kg.

"Saya turut amalkan makan nasi hanya sekali dengan satu lauk sahaja tanpa mengambil sebarang suplemen," katanya menerusi perkongsian di Threads.

Lima tip turun berat badan daripada 140kg ke 80kg:

- Menghadkan pengambilan minuman manis kepada sekali sehari.

- Mengurangkan pengambilan nasi kepada separuh hidangan setiap kali makan.

- Menikmati pencuci mulut hanya dua kali sebulan.

- Minum kira-kira tiga liter air kosong setiap hari.

- Melakukan brisk walk sejauh lima kilometer setiap hari.

Menurut wanita itu, kunci utama kejayaannya adalah konsisten mengamalkan rutin tersebut dalam jangka masa panjang.

Perkongsiannya menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang menjadikan kisah transformasi itu sebagai inspirasi untuk memulakan perjalanan menurunkan berat badan secara sihat dan berdisiplin.

Artikel Lain