Merokok kekal menjadi antara faktor risiko terbesar yang mencetuskan serangan jantung. -Gambar hiasan AI
SEORANG lelaki berkongsi pengalaman mengejutkan mengenai rakannya yang berusia 42 tahun apabila diserang sakit dada secara tiba-tiba walaupun ketika sedang berehat santai di rumah.Menurutnya, rakannya itu merupakan perokok tegar sejak lebih 20 tahun lalu dan mampu menghabiskan kira-kira sekotak rokok sehari. Malah, lelaki terbabit tidak pernah menyangka dia bakal berdepan masalah jantung serius pada usia sekecil itu.Kejadian berlaku minggu lalu ketika rakannya sedang bersantai pada waktu petang sebelum tiba-tiba mengalami sesak nafas dan dada terasa ketat seperti dihempap sesuatu.Segala-galanya bermula ketika sedang bersantai pada waktu petang, tiba-tiba sahaja dia mengalami sesak nafas yang teruk.Dadanya terasa sangat ketat, seolah-olah sedang dihempap oleh benda yang amat berat.Merokok mendedahkan badan kepada ribuan bahan kimia beracun yang merosakkan hampir setiap organ. -Gambar hiasan AI"Tak angkat barang berat, tak panjat tangga, tak ada tekanan pun masa itu. Tiba-tiba dia pegang dada dan susah nak bernafas," katanya menerusi perkongsian di Threads.Rakannya kemudian dikejarkan ke jabatan kecemasan sebelum menjalani pemeriksaan angiogram.Hasil pemeriksaan mengejutkan apabila doktor mendapati saluran utama jantungnya sudah tersumbat sehingga 95 peratus dan memerlukan prosedur angioplasti serta pemasangan stent dengan segera."Dia cakap perlahan dalam wad, ingatkan orang kena stent sebab tua saja. Apabila saya tanya bila kali terakhir dia periksa kolesterol, dia terus diam," katanya.Untuk makluman, prosedur pemasangan stent jantung merujuk kepada rawatan angioplasti koronari untuk membuka saluran darah yang tersumbat.Faktor risikoDoktor menjelaskan bahawa masalah tersebut bukan berlaku secara tiba-tiba, sebaliknya berpunca daripada beberapa faktor risiko yang terkumpul selama bertahun-tahun.Antaranya ialah tabiat merokok yang merosakkan dinding arteri, kolesterol tinggi akibat pemakanan tidak terkawal, tekanan darah tinggi yang tidak disedari serta kurang melakukan aktiviti fizikal sehingga berat badan meningkat sekitar 15 kilogram."Menurut doktor, semua faktor ini berkumpul secara senyap. Sampai satu tahap badan dah tak mampu nak menampung lagi, sebab itulah simptom datang secara mendadak," katanya.Dalam masa sama, lelaki itu turut menepis tanggapan sesetengah pihak yang sering menyalahkan kopi sebagai punca utama serangan jantung.Menurut penjelasan doktor, kajian tidak menunjukkan kopi menyebabkan pembentukan plak dalam saluran darah.Namun, bagi individu yang saluran jantungnya sudah hampir tersumbat, gabungan kesan nikotin dan kafein boleh meningkatkan keperluan oksigen jantung sehingga mencetuskan gejala sesak nafas dan sakit dada.Selepas menjalani pemasangan dua stent, rakannya dinasihatkan berhenti merokok serta-merta dan mengurangkan pengambilan kopi pekat serta minuman tenaga bagi mengelakkan tekanan tambahan kepada jantung yang baru menjalani rawatan.Kini, lelaki itu perlu mengambil ubat pencair darah untuk tempoh jangka panjang dan berharap orang ramai tidak menunggu sehingga mengalami situasi sama sebelum melakukan pemeriksaan kesihatan.