suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mulut busuk dan gusi berdarah tiap kali berus gigi... Jangan ambil mudah, rupanya kuman jahat boleh serang organ jantung!

Jangan ambil ringan sekiranya gusi berdarah setiap kali memberus gigi. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki berkongsi peringatan mengenai hubungan antara kesihatan mulut dan risiko penyakit jantung yang menurutnya masih dipandang ringan oleh ramai orang.

Menurutnya, maklumat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan simptom seperti gusi berdarah ketika memberus gigi atau masalah mulut berbau bukan sekadar isu kebersihan.

Sebaliknya boleh menjadi petanda awal kepada penyakit gusi kronik yang dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit kardiovaskular.

Ramai menganggap gusi berdarah sebagai perkara biasa akibat tidak menggunakan flos atau memberus gigi dengan betul, namun keadaan itu sebenarnya boleh menunjukkan wujudnya keradangan pada gusi.

Mulut berbau boleh menyebabkan orang berhampiran tidak selesa. -Gambar hiasan AI

Mulut berbau boleh menyebabkan orang berhampiran tidak selesa. -Gambar hiasan AI

“Dalam mulut manusia terdapat ratusan jenis bakteria. Apabila gusi mengalami luka atau keradangan, bakteria boleh memasuki saluran darah dan berpotensi memberi kesan kepada kesihatan jantung,” kongsinya di Threads.

Berdasarkan perkongsian itu lagi, bakteria yang menyebabkan penyakit gusi dipercayai boleh mencetuskan keradangan pada saluran darah, mempercepat pembentukan plak dan meningkatkan risiko saluran darah menjadi sempit atau tersumbat.

Merujuk kepada beberapa kajian kesihatan, individu yang mengalami penyakit gusi kronik didakwa mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami masalah jantung berbanding mereka yang mempunyai gusi sihat.

Tiga tanda amaran jangan diabaikan

1. Gusi berdarah ketika memberus gigi

Gusi yang sihat lazimnya tidak berdarah. Jika keadaan itu berlaku berulang kali, ia mungkin menandakan keradangan atau jangkitan pada gusi.

2. Mulut berbau walaupun sudah memberus gigi

Nafas berbau berterusan boleh menjadi petunjuk kepada pengumpulan bakteria dan masalah kesihatan mulut yang memerlukan rawatan.

3. Gigi longgar atau gusi semakin susut

Keadaan ini boleh menunjukkan penyakit gusi berada pada tahap lebih serius dan berisiko menjejaskan struktur sokongan gigi.

Menurutnya, individu yang mempunyai salah satu daripada simptom tersebut disaran mendapatkan pemeriksaan pergigian secepat mungkin.

Kepentingan pemeriksaan berkala

Lelaki turut menekankan kepentingan menjalani pemeriksaan dan rawatan pergigian secara berkala, termasuk prosedur pembersihan karang gigi (scaling).

Katanya, memberus gigi sahaja tidak mampu menghilangkan semua karang gigi yang terkumpul, sekali gus menjadikan kawasan tersebut tempat pembiakan bakteria.

Selain menjaga kesihatan mulut, orang ramai disaran memantau tekanan darah secara berkala kerana kesihatan gusi dan tahap keradangan badan dipercayai mempunyai kaitan dengan kesihatan jantung.

Artikel Lain