Dianggarkan 50 peratus rakyat Malaysia tidak mengetahui mereka mempunyai kolestrol tinggi. -Gambar hiasan AI
HANYA RM1 diperlukan untuk menjalani saringan kesihatan di klinik kerajaan, namun masih ramai rakyat Malaysia memilih untuk enggan mengetahui keadaan sebenar kesihatan mereka.Lebih membimbangkan, menurut individu dikenali sebagai Abam Faiz, kira-kira separuh daripada individu yang mempunyai masalah kolesterol tinggi tidak menyedari mereka menghidapinya. Keadaan ini berlaku kerana tidak pernah menjalani pemeriksaan darah.Katanya, ramai sanggup mengeluarkan puluhan ribu ringgit apabila sudah diserang strok atau penyakit jantung, namun mengabaikan peluang melakukan saringan awal yang jauh lebih murah.Kos pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan sangat murah buat rakyat Malaysia. -Gambar hiasan AI"Jujur dengan aku. Bila kali terakhir kau buat pemeriksaan kolesterol? Tahun lepas? Lima tahun lepas atau tak pernah langsung? "Kalau jawapan kau tak pernah, kau bukan sendiran. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dedahkan 50 peratus rakyat Malaysia yang kolesterol tinggi tak tahu dia ada."Sebab apa? Sebab periksa darah RM1 pun malas. Tapi bila dah kena strok, RM50,000 pun sanggup bayar," kongsinya di Threads bagi memberi kesedaran secara umum.Beliau turut merujuk kepada garis panduan KKM yang menyatakan dislipidemia atau kolesterol tinggi lazimnya tidak menghasilkan gejala dan sering hanya dikesan selepas berlakunya kejadian kardiovaskular seperti serangan jantung atau strok.Terdapat tiga alasan utama yang sering digunakan orang ramai untuk mengelakkan pemeriksaan darah.1. Saya masih mudaRamai beranggapan penyakit jantung dan strok hanya menyerang golongan berusia.Namun data Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) menunjukkan sebahagian serangan jantung pertama berlaku dalam kalangan individu berumur bawah 50 tahun."Strok tak tengok umur. Kalau ada kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi dan merokok, risiko tetap ada," katanya.2. Takut tahu keputusanAda individu yang lebih selesa tidak mengetahui keadaan sebenar kesihatan mereka kerana bimbang berasa tertekan.Bagaimanapun tindakan enggan mengetahui sesuatu penyakit tidak bermakna penyakit itu tidak wujud.3. Nanti doktor suruh makan ubat seumur hidupOrang ramai harus tahu bahawa tidak semua individu yang mempunyai bacaan kolesterol tinggi akan terus diberikan ubat.Sebaliknya, bagi kes berisiko rendah, doktor biasanya akan mengesyorkan perubahan gaya hidup seperti menjaga pemakanan dan meningkatkan aktiviti fizikal terlebih dahulu.Jika bacaan kolesterol berjaya dikawal, sesetengah individu mungkin tidak memerlukan ubat.Justeru orang ramai disaran supaya memanfaatkan kemudahan saringan kesihatan yang disediakan kerajaan melalui aplikasi MySejahtera.Pesakit hanya perlu membuat janji temu di klinik kesihatan sebelum menjalani ujian darah dan pemeriksaan kesihatan yang berkaitan.Fahami bacaan kolesterol- LDL (kolesterol jahat) kurang daripada 3.0 mmol/L bagi individu sihat.- LDL kurang daripada 2.6 mmol/L bagi individu berisiko tinggi.- HDL (kolesterol baik) melebihi 1.0 mmol/L bagi lelaki dan 1.2 mmol/L bagi wanita.- Trigliserida kurang daripada 1.7 mmol/L.Bacaan LDL yang terlalu tinggi boleh meningkatkan risiko penyumbatan saluran darah, sekali gus menyumbang kepada penyakit jantung dan strok.Selain pemeriksaan berkala di klinik kita juga disarankan supaya memantau tekanan darah di rumah menggunakan mesin tekanan darah.Gabungan tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi merupakan antara faktor utama yang meningkatkan risiko strok.Malah, pemeriksaan kolesterol juga boleh dilakukan di farmasi atau menggunakan alat pemantauan kendiri sebelum mendapatkan pengesahan lanjut daripada doktor.Kita kena faham bahawa kos pencegahan jauh lebih rendah berbanding kos rawatan selepas berlakunya komplikasi serius.