suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan pandang ringan air kencing kerap berbuih, petanda buah pinggang ‘bocor’

Masalah kencing berbuih tidak mengenal jantina. -Gambar hiasan AI

MUNGKIN ada segelintir daripada kita pernah mengalami air kencing kelihatan berbuih seperti buih sabun ketika membuang air kecil, namun keadaan itu sering dianggap remeh.

Menurut perkongsian Klinik Raudhah 24 Jam, keadaan tersebut boleh berlaku sekali-sekala dan masih dianggap normal, terutama jika aliran air kencing keluar dengan laju atau tubuh mengalami sedikit kekurangan air.

Bagaimanapun, jika kencing berbuih berlaku secara kerap atau berpanjangan, ia tidak boleh dipandang ringan kerana berkemungkinan menjadi petanda kepada masalah kesihatan lebih serius.

Selain warna air kencing, buih juga menentukan tahap kesihatan seseorang individu. -Gambar hiasan AI

Selain warna air kencing, buih juga menentukan tahap kesihatan seseorang individu. -Gambar hiasan AI

Perkongsian klinik di Threads tersebut juga menjelaskan, keadaan itu boleh dikaitkan dengan kehadiran protein dalam air kencing atau dikenali sebagai proteinuria.

Dalam keadaan normal, protein sepatutnya kekal dalam aliran darah. Namun, jika buah pinggang mengalami gangguan, protein boleh ‘bocor’ dan keluar bersama air kencing, sekali gus menyebabkan ia kelihatan berbuih.

Antara punca yang boleh menyumbang kepada keadaan ini termasuk penyakit buah pinggang, diabetes tidak terkawal, tekanan darah tinggi serta jangkitan atau keradangan pada organ tersebut.

Orang ramai turut diingatkan supaya tidak menunggu sehingga simptom menjadi lebih serius seperti bengkak pada kaki atau muka, mudah letih serta hilang selera makan sebelum mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Pihak klinik menasihatkan agar individu yang mengalami simptom berpanjangan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan bagi mengelakkan komplikasi lebih serius pada masa hadapan.

Antara punca yang boleh menyebabkan keadaan ini:

- Penyakit buah pinggang

- Diabetes yang tidak terkawal

- Tekanan darah tinggi

- Jangkitan atau keradangan buah pinggang

Jangan tunggu sehingga muncul simptom yang lebih serius seperti:

- Bengkak pada kaki atau muka

- Mudah letih

- Kurang selera makan

Artikel Lain