MASIH ada dalam kalangan ibu hamil yang berasa bimbang apabila diminta menjalani ujian minuman air gula atau Oral Glucose Tolerance Test (GTT) kerana takut ia boleh menyebabkan kencing manis.Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi, Dr Delima Radzwa, yang tampil memberi penjelasan berserta perbandingan mudah bagi membantu orang ramai memahami situasi sebenar. “Ada ibu hamil yang doktor, saya takut nak minum air gula nanti jadi kencing manis. Tapi, semalam saya makan 23 ulas durian."Mari kita buat sedikit kira-kira dalam situasi macam ni," kongsinya di Threads.Orang ramai tidak melepaskan peluang menikmati durian selepas harga yang ditawarkan murah. -Gambar hiasan AIMenurut beliau, ujian GTT yang diberikan kepada ibu hamil mengandungi kira-kira 75 gram gula dan diambil sekali sahaja dalam keadaan terkawal semata-mata untuk tujuan saringan diabetes gestasi (GDM).Sebagai perbandingan, Dr Delima menjelaskan bahawa pengambilan 23 ulas durian secara santai boleh mengandungi anggaran 200 hingga 300 gram gula atau lebih, bergantung kepada saiz dan jenis buah tersebut.Untuk memberi gambaran lebih jelas, jumlah itu dianggarkan bersamaan dengan:- 6 hingga 9 tin minuman bergas seperti Coca-Cola- 5 hingga 8 gelas teh tarik- 10 hingga 15 batang aiskrim- 8 hingga 12 biji donutJelasnya, anggaran kasar tersebu untuk tujuan pemahaman.Beliau turut menegaskan bahawa situasi kedua-duanya sangat berbeza dari segi tujuan dan cara pengambilan."Air gula GTT tidak menyebabkan diabetes gestasi, sebaliknya hanya berfungsi sebagai ujian saringan untuk mengesan sama ada seseorang sudah mempunyai risiko atau penyakit tersebut," katanya,Ujian itu juga dilakukan dalam keadaan terkawal dan dengan sukatan standard perubatan.Berbeza pula dengan makanan harian seperti durian, yang boleh dimakan tanpa sedar dalam kuantiti banyak dan menyumbang kepada pengambilan gula yang tinggi.“Jangan takut pada GTT, takutlah pada 23 ulas durian,” katanya.