suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan setakat daging merah dan seafood, 3 jenis makanan ini boleh jadi punca serangan gout

Penyakit gout sering menyerang golongan lelaki. -Gambar hiasan AI

RAMAI beranggapan penyakit gout hanya berpunca daripada pengambilan makanan berlemak secara berlebihan atau tidak sihat.

Namun hakikatnya, terdapat beberapa jenis makanan yang kelihatan 'baik' untuk kesihatan tetapi tetap boleh mencetuskan serangan gout jika diambil berlebihan, terutama bagi individu yang mempunyai paras asid urik tinggi.

Perkara itu dikongsikan seorang lelaki menerusi hantaran di Thread selepas mengakui dirinya diserang gout akibat gagal mengawal pemakanan.

"Aku kena attack dengan gout sebab tak jaga makan. Nampak macam apa yang aku makan tu benda yang sihat je. Tapi kalau tak kawal, memang kena benda ni.

"Aku pula pergi makan benda-benda ni dalam minggu yang sama," jelasnya selepas mendapati punca serangan berlaku.

Ini tiga jenis makanan yang boleh mencetuskan serangan gout pada dirinya.

Pengambilan daging merah dan organ dalaman secara berlebihan boleh meningkatkan asid urik dalam tubuh. -Gambar hiasan AI

Pengambilan daging merah dan organ dalaman secara berlebihan boleh meningkatkan asid urik dalam tubuh. -Gambar hiasan AI

1. Daging merah dan organ dalaman

Pengambilan melampau daging merah terutamanya lembu dan kambing bersama organ dalaman haiwan seperti hati, limpa dan hempedal boleh  meningkatkan penghasilan asid urik dalam darah.

Ia berikutan kesemua bahan tersebut mengandungi purin yang tinggi. 

2. Makanan dan minuman tinggi fruktosa

Minuman berkarbonat, kordial manis serta produk yang mengandungi sirap jagung tinggi fruktosa (high-fructose corn syrup) boleh mengganggu fungsi penapisan buah pinggang.

Lebih membimbangkan apabila ia turu menjadi perangsang kepada pengeluaran asid urik dengan lebih cepat.

3. Makanan laut tertentu

Untuk pengetahuan anda, kerang, sotong, udang dan ikan bilis antara makanan laut yang tinggi purin. 

Jika diambil tanpa kawalan, ia boleh meningkatkan risiko pembentukan kristal asid urik pada sendi seterusnya mencetuskan serangan gout.

Walau bagaimanapun pakar kesihatan daripada laman sesawang Mayo Clinic berkata, penghidap gout tidak semestinya perlu mengelakkan makanan berkenaan sepenuhnya. 

Sebaliknya, mereka disarankan mengawal saiz hidangan, mengekalkan berat badan yang sihat serta memastikan pengambilan air mencukupi bagi membantu mengurangkan risiko serangan gout berulang.

Artikel Lain