Selaput dara... Antara mitos dan fakta, penting untuk ambil tahu kalau tak mahu jatuh fitnah!

Segelintir masyarakat masih lagi mengaitkan selaput dara dengan keperawanan seseorang wanita.

HAMPIR memasuki tahun 2020, namun pemikiran segelintir masyarakat masih lagi boleh dikategorikan sebagai kuno. Buktinya, masih ada antara kita yang mengaitkan selaput dara dengan keperawanan seseorang wanita. 

Persoalannya, begitu sekalikah caranya untuk menilai kesucian seseorang wanita dengan hanya 'menghakimi' keadaan selaput daranya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Jururawat sekolahkan suami obses dara, isteri baru bersalin dah ajak buat ujian DNA, “Tak ada istilah koyak pun” 

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan pandang remeh kesihatan mental! Ini 5 senaman wajib cuba untuk atasi kemurungan 

Kononnya, seseorang wanita yang tidak mengalami pendarahan selepas mengadakan hubungan kelaminnya yang pertama, maka dia dikatakan sudah tidak mempunyai dara. 

Menjelaskan mengenai isu sensitif ini, pakar sakit puan, Dr Imelda Balchin, menerusi postingnya di Facebook menerangkan fakta dan mitos tentang selaput dara, sekali gus mampu merungkai tanda tanya yang selama ini membelenggu pemikiran masyarakat kita.

Jom kita semak tiga pemahaman salah tentang selaput dara!

Dr Imelda Balchin

Fakta Atau Mitos

1) Selaput dara atau hymen, menutup pintu faraj wanita sepenuhnya dan hanya akan pecah selepas hubungan kelamin pertama - Mitos

2) Selaput dara atau hymen, yang menutup pintu faraj itu mesti akan berdarah semasa hubungan kelamin pertama. - Mitos

3) Semua wanita yang sudah pecah selaput dara atau tiada selaput dara, bukan anak dara lagi dan pernah melakukan hubungan seks. - Mitos.

Dalam pada itu ujar Dr Imelda, selaput dara juga boleh pecah jika wanita atau gadis aktif bersukan seperti berbasikal, gimnastik, menunggang kuda walaupun dia tidak pernah melakukan hubungan kelamin. 

Aktif bersukan juga boleh menyebabkan selaput dara pecah.

"Ada juga wanita yang membuat hubungan kelamin yang pertama selepas kahwin tetapi selaput dara tidak pecah sepenuhnya, hanya lubangnya yang sudah sedia ada akan stretch (regang) dan besar sedikit tetapi tiada pendarahan dan selaput dara masih kekal ada," katanya dalam posting itu. 

Tambahnya lagi, lubang yang sedia ada boleh meregang lebih besar jika gadis memakai tampon.

Namun ujarnya, penggunaan tampon tidak memudaratkan selagi tampon itu tidak dibiarkan lama-lama tanpa ditukar melebihi 8 - 12 jam untuk mencegah jangkitan bakteria.

"Kalau wanita menggunakan tampon, jangan buat fitnah mengatakan mereka bukan anak dara lagi.

"Jika wanita membuat hubungan kelamin pertama kali selepas berkahwin dan tiada berlaku pendarahan, jangan buat fitnah mengatakan wanita ini sudah membuat hubungan seks bebas sebelum berkahwin.

"Jika wanita itu ada selaput dara yang penuh (imperforate hymen) maka ini ialah masalah yang tidak normal dan perlu dibetulkan oleh doktor pakar Gynae secara pembedahan," ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain