suria

Jururawat sekolahkan suami obses dara, isteri baru bersalin dah ajak buat ujian DNA, “Tak ada istilah koyak pun”

Perkongsian wanita tidak dikenali menerusi Curious Cat tular di media sosial. FOTO: NewsCom & Twitter.

LUAHAN seorang individu tidak dikenali menerusi rangkaian sosial soal jawab Curious Cat mengenai suaminya ternyata mengundang kemarahan ramai.

Menurut wanita itu, suaminya mahu menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) selepas dia bersalin kerana tidak percaya anak yang dilahirkan merupakan benihnya sendiri.

"Laki I pun sama bengap. Saya tak berdarah sewaktu kali pertama melakukan hubungan intim. Bila dah beranak dua tahun kemudian, perkara pertama dia cakap bila sampai ke hospital selepas saya bersalin, bila boleh buat ujian DNA.

"Sedih gila. Saya baru bersalin beberapa jam sebelum itu," luah wanita berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan 'takut nak kahwin' akhirnya gembira, berjaya buat majlis walau kos murah!

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin pakai kasut sniker kena kutuk... “Ada yang kata kami boleh bertahan enam bulan sahaja”

Enggan membiarkan tanggapan sebegitu menjadi barah dalam masyarakat, seorang jururawat wanita tampil membuat penjelasan.

Ia ternyata membuka mata ramai pihak sehingga perkongsiannya menerima lebih 35,000 ulang kicau (Retweet) di laman Twitter.

Sudah dua tahun bertugas di sebuah hospital di Selangor, jururawat yang hanya ingin dikenali sebagai Niesha itu mengakui marah tatkala pertama kali membaca luahan wanita malang berkenaan.

"Rasa marah, sebab tak patut. Kenapa nak buat ujian DNA, sudah tentu itu anak dia.

Wanita tidak dikenali itu membuat perkongsian menerusi Curious Cat.

"Suami wanita itu kena belajar lagi, tambah pengetahuan. Itu pengetahuan asas. Tak semestinya tak keluar darah bermakna dia tiada dara.

"Ada juga orang yang lahir tanpa selaput dara. Jadi tak boleh expect semua wanita akan berdarah sewaktu pertama kali melakukan hubungan intim," ujarnya sewaktu dihubungi mStar.

Kalau tak tahu, kena rujuk dan bertanya. Di media sosial pun ramai doktor yang rajin menjawab soalan-soalan.

NIESHA

JURURAWAT

Menurut Niesha, ada juga wanita yang kehilangan dara kerana melakukan aktiviti lasak seperti bersukan dan sebagainya.

Malah, dia juga hairan dengan orang ramai yang lebih percaya kepada mitos berbanding fakta sebenar.

"Aktiviti lasak seperti gimnastik, karate, taekwando dan sebagainya, ada pelbagai kemungkinan.

"Tak ada istilah terkoyak pun, ia sebenarnya mitos sahaja. Banyak orang percaya mitos.

Perkongsian Niesha berhubung luahan wanita berkenaan.

"Kalau tak tahu, kena rujuk dan bertanya. Di media sosial pun ramai doktor yang rajin menjawab soalan-soalan," katanya lagi.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut senada dengan pendapat yang dikemukakan oleh Niesha.

Malah, mereka turut meninggalkan komen dan pandangan sendiri berhubung isu berkenaan.

"Lelaki kena juga tahu hukum memfitnah isteri berzina dan tidak mengaku bayi dalam kandungan tu anak dia. Apa ke bodohnya lelaki tu? Dulu sebelum kahwin buat apa je time kursus kahwin?" soal @LissaLaila.

"Harap laki tu baca bagi menghilangkan selaput kebodohannya yang agak tebal," tulis seorang lagi netizen.

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my
Niesha, DNA, selaput dara, kahwin

Artikel Lain