suria

Jangan ambil mudah, tidur dengan kipas dipasang sepanjang malam ada kesan buruk

Tidur menggunakan kipas sepanjang malam boleh menyebabkan anda mengalami masalah sinus.

CUACA panas sepanjang tahun seperti di Malaysia memang membuatkan rasa tidak selesa terutamanya ketika hendak tidur pada waktu malam.

Atas sebab itu ramai di antara kita akan tidur sambil membuka penghawa dingin dan kipas bagi membolehkan mereka mendapat tidur yang nyenyak dan selesa.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu wanita sila beri perhatian pada POWER, atau mungkin Rani Kulup boleh selamatkan anda!

Bagaimanapun menurut Mark Reddick yang juga penulis buku berjudul Sleep Advisor, tidur dengan kipas terbuka sepanjang malam dapat mendatangkan bahaya termasuk isu elergi dan masalah berkaitan sinus termasuk demam selesema dan penyakit lelah.

Reddick memberitahu angin daripada kipas mampu menggerakkan udara di sekitar kawasan bilik yang menyebabkan debu dan habuk berterbangan dan akhirnya menuju ke rongga hidung dan mulut.

Atas sebab itu apabila kita bangun pagi hidung dan tekak akan terasa gatal dan bersin.

Tidak hanya tertumpu kepada masalah sinus sahaja, Reddick turut menjelaskan angin daripada kipas boleh membuatkan kulit seseorang itu menjadi kering dan dalam kes tertentu ia menyebabkan masalah lebih serius.

Paling selamat katanya, jangan terdedah kepada angin kipas secara berterusan selain gunakan kelajuan minimum. - TEMPO 

Kipas, Kesihatan, Selesema, Habuk, Sinus

Artikel Lain