Tidak hanya bermanfaat sebagai pelengkap masakan, ketahui 5 keajaiban bunga lawang

Bunga lawang merupakan salah satu rempah ratus yang mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan tubuh badan.

MEMPUNYAI bentuk seakan-akan matahari, bunga lawang merupakan antara bahan terpenting yang wajib ada di dapur.

Menjadi salah satu bahan terpenting yang tergolong dalam 'kumpulan empat sekawan', bunga lawang nyata tidak hanya menyedapkan masakan dan menaikkan aroma.

ARTIKEL BERKAITAN: Selain penyedap masakan, ketahui juga 10 kebaikan bawang putih untuk kesihatan

Ternyata, bunga lawang mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan tubuh badan. 

1) Mengatasi kekejangan ketika menstruasi

Berita baik untuk kaum hawa yang biasa mengalami kekejangan di bahagian abdomen ketika tempoh menstruasi. Amalan meminum teh herbal bunga lawang secara rutin mampu meredakan kesakitan bulanan. 

Wanita yang mengalami kekejangan abdomen ketika haid boleh amalkan teh herbal bunga lawang.

2) Meredakan batuk

Caranya mudah saja. Rendam bunga lawang dalam air suam dan sebaiknya minum pada waktu pagi.  Jika anda kurang gemar meminum airnya sahaja, bunga lawang boleh diletakkan dalam minuman kesukaan anda. Ikut kreativiti masing-masing.

3) Mengatasi insomnia

Insomnia atau kesukaran untuk tidur boleh menyebabkan mood seseorang berubah menjadi buruk, konsentrasi terjejas dan lemah tubuh badan ekoran tidak mendapat rehat yang secukupnya.

Oleh itu, amalan meminum teh herbal bunga lawang dapat mengatasi masalah itu kerana ia bertindak sebagai ubat penenang di mana kandungan anti-oksidan dan magnesium memberikan efek rileks untuk tubuh, sehingga lebih mudah cepat tidur.

Kandungan anti-oksidan dan magnesium dalam bunga lawang boleh memberi efek rileks untuk tubuh.

4) Meningkatkan sistem imun badan

Kandungan anti-oksidan yang tinggi seperti vitamin A dan vitamin C dalam bunga lawang membantu menjadi 'perisai' tubuh badan daripada radikal bebas yang menyebabkan penyakit, misalnya influenza.

5) Menyeimbangkan kadar gula dalam darah 

Sebilangan besar daripada kita mesti menggemari makanan manis, dan pengambilan secara tidak terkawal boleh mendorong kepada penyakit diabetis.

Bunga lawang menyeimbangkan kadar gula dalam darah. 

Sebatian organik dikenali sebagai anethol di dalam bunga lawang melancarkan peredaran darah dan menyeimbangkan kadar gula dalam darah dengan cara mengatur beberapa enzim utama yang terlibat dalam metabolisme karbohidrat. - BEAUTY JOURNAL

Bunga Lawang, Tips

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain