Ibu bapa jangan ambil remeh, ketahui 'do and don't' saat anak hadapi peperiksaan

Ibu bapa perlu mengetahui perkara yang perlu dilakukan mahupun dielakkan agar emosi anak-anak yang sedang atau bakal menghadapi peperiksaan sentiasa dalam situasi tenang.
BERMULANYA bulan September dalam kalendar setiap tahun menandakan bermulanya musim peperiksaan bagi anak-anak yang di bangku sekolah rendah mahupun menengah.

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) adalah peperiksaan 'besar' yang diadakan bagi mengukur tahap pencapaian pelajar.

ARTIKEL BERKAITAN: Semangat buat bendera sendiri! "Kalau ibu bapa tak pupuk perasaan cintakan negara, siapa lagi?" 

Pastilah ketika itu, anak-anak berada dalam keadaan tertekan kerana terpaksa melipat-gandakan usaha untuk melakukan yang terbaik.

Menurut Pensyarah Kaunseling, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Madya Dr Ruhani Mat Min, ibu bapa perlu mengetahui perkara yang perlu dilakukan mahupun dielak supaya emosi anak-anak yang sedang atau bakal menghadapi peperiksaan sentiasa tenang.

Prof Madya Dr Ruhani Mat Min

Berikut beberapa tip khusus buat ibu bapa yang anak-anak mereka sedang dan akan bertarung di dewan peperiksaan.

1) Elakkan memberi arahan, sebaliknya beri sokongan kepada anak

Jika anak lemah dalam subjek tertentu misalnya, Dr Ruhani berkata ibu bapa jangan terlalu memaksa sebaliknya bantu mereka untuk mencari bahan, meluangkan masa untuk mengulangkaji dan sebagainya.

2) Elakkan suasana tegang dalam rumah, sebaliknya wujudkan suasana yang mesra dan selesa

Perselisihan faham ataupun pertengkaran antara ibu bapa merupakan perkara yang sangat perlu dielakkan kerana tumpuan anak-anak akan mudah terjejas, dikhuatiri akan mengganggu emosi sekaligus memberi kesan kepada pencapaian anak.

"Anak-anak sentiasa memerhati perilaku ibu bapa. Jangan biar masalah suami isteri berlarutan dan ditunjukkan depan anak-anak," katanya.

3) Elakkan emosi yang keterlaluan, sebaliknya sentiasa bertenang dan bijak kawal emosi 

Apa jua masalah yang sedang dihadapi, ibu bapa digalakkan untuk tidak membicarakan di hadapan anak-anak. Jika tidak berpuas hati dengan pencapaian anak misalnya, usah marah, sebaliknya beri lebih galakan supaya anak tidak merasa tertekan untuk terus mencuba.

4) Elakkan melakukan sebarang tindakan yang boleh menimbulkan suasana tegang kerana dikhuatiri akan menjejaskan tumpuan anak

Apa jua yang masalah yang mungkin menyebabkan ibu bapa hilang sabar atau stres, jangan sesekali melakukan tindakan, contohnya memarahi atau memukul anak-anak.

Menerusi kajian yang dilakukan mengenai kesan konflik keluarga kepada anak-anak menunjukkan sebarang masalah yang dihadapi ibu bapa dan keluarga sememangnya menimbulkan rasa yang tidak selesa serta tanda tanya dalam diri anak-anak. 

Kata Dr Ruhani, situasi ini juga akan mengganggu emosi anak-anak dan seterusnya mengganggu kognitif (pencapaian) mereka. 

"Oleh itu, jadilah ibu bapa yang bijak. Sentiasalah berbincang dan melakukan komunikasi dua hala dengan anak-anak agar kedua-dua pihak dapat mencapai harapan dan kehendak yang sama," katanya.

UPSR, SPM, Ibu bapa

Artikel Berkaitan

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain