Jangan pandang remeh kesihatan mental! Ini 5 senaman wajib cuba untuk atasi kemurungan

Kesihatan mental yang baik membantu anda menangani tekanan dengan lebih bijak. - Gambar hiasan/Everyday Power

KADANG-KADANG penampilan luaran seseorang tidak menunjukkan keadaan sebenar kesihatan mental mereka.

Kesihatan mental meliputi kesejahteraan emosi, psikologi dan sosial kerana ia mempengaruhi cara kita berfikir, rasa dan bertindak.

Bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan mental, terdapat lima senaman dan latihan yang boleh diamalkan bagi membantu mereka mengatasi masalah kemurungan dan kerunsingan.

1. Meyakinkan diri

Cuba meyakinkan diri sendiri dengan berfikiran positif setiap hari dan melihat diri anda sebagai kanak-kanak.

Ini kerana secara lumrahnya manusia sukar bersikap negatif terhadap kanak-kanak.

Anda akan menjadi begitu melindungi versi kanak-kanak diri anda sendiri dan situasi ini akan membuatkan anda lebih menyayangi diri sendiri.

Amalkan perbuatan menulis kebaikan yang berlaku kepada anda setiap hari. - Dare You To

2. Rekod kebaikan

Ambil sebuah buku dan catat mengenai satu perkara baik yang berlaku pada hari tersebut.

Ia boleh menjadi sesuatu yang mudah seperti menikmati secawan teh ketika cuaca baik atau menonton wayang yang dinanti-natikan.

Aktiviti ini akan membuatkan anda lebih bersyukur dengan perkara yang berlaku dalam kehidupan.

Lagu boleh membuatkan seseorang berasa tenang. - The Globe and Mail

3. Dengar lagu

Fikirkan tentang lagu yang membuatkan anda gembira dan tenang.

Bawa fon telinga sentiasa bersama anda dan pasang lagu tersebut setiap kali anda berasa tidak tenteram dan berdepan dengan masalah.

Amalkan teknik bernafas yang betul untuk menenangkan diri. - 7 Cups

4. Bernafas dengan betul

Bernafas sedalam-dalamnya dapat meningkatkan bekalan oksigen ke otak dan menggalakkan sistem saraf parasimpatetik untuk membuatkan anda rasa lebih tenang.

Pastikan juga anda duduk dengan selesa dan bernafas selama lima saat dan hembus melalui mulut selama lima saat.

Ulang teknik tersebut selama mana yang anda perlukan.

Berlatih menghidu bau-bauan untuk mengembalikan anda ke situasi semasa. - The Conversation

5. Latihan 54321

Salah satu kaedah untuk mengembalikan anda ke keadaan semasa sewaktu mengalami serangan panik adalah dengan melakukan latihan tumpuan deria.

Tumpukan perhatian kepada lima objek yang boleh anda lihat, kemudian empat bunyi yang boleh didengari, tiga perkara yang anda boleh rasa (perasaan), dua bauan yang boleh dihidu dan satu benda yang boleh dirasa (lidah).

Teknik ini digunakan untuk mengasingkan deria anda dan menghentikan anda daripada berasa 'tenggelam'. - Female First

kesihatan mental

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain