Sukar nak tahan dahaga ketika berpuasa? Jangan risau... waktu sahur cuba ikut tip ini

Minum banyak air putih pada bulan puasa membantu mengurangkan rasa dahaga. -foto Shutterstock

KETIKA berpuasa tubuh tidak mendapat makanan dan minuman selama lebih kurang 14 jam.

Bagi sesetengah orang, menahan lapar ketika puasa terasa lebih mudah berbanding menahan dahaga.

Apatah lagi rasa haus akan lebih mudah terasa jika banyak aktiviti dilakukan dari pagi sampai ke petang.

Agar puasa tidak terganggu dan rasa haus dapat dikurangkan, anda bolehlah mencuba tip ini yang dapat dilakukan ketika sahur.

1. Minum menjelang imsak


Minumlah banyak air putih ketika sahur. -foto Shutterstock

Perbanyakkan minum air putih menjelang waktu imsak. Dengan ini, tubuh dapat menyimpan air dalam jangka masa yang lebih lama.

Usahakan juga minum segelas air putih sebelum makan sahur.

2. Makan buah


Buah tembikai bukan sahaja sedap tapi mempunyai banyak air. -foto Shutterstock

Salah satu cara mudah untuk mencegah rasa dahaga ketika puasa adalah dengan banyak mengambil buah-buahan. Air dalam badan tidak semestinya diperolehi dengan minum air putih, namun buah-buahan juga adalah satu sumber air untuk tubuh.

Tembikai, strawberi, anggur dan melon mengandungi sekitar 90 hingga 92 peratus air. Buah peach, raspberi, nanas, aprikot dan blueberi mengandungi sekitar 85 hingga 89 peratus air.

Buah-buahan ini boleh dimakan dalam keadaan segar atau dibuat jus untuk waktu sahur. Jadilah lebih kreatif! Anda juga boleh campurkan beberapa jenis buah untuk menghasilkan salad yang enak.

3. Yogurt


Selain air, yogurt juga mempunyai banyak khasiat. -foto Shutterstock

Tahukah anda bahawa yogurt mengandung sekitar 85 peratus air? Tidak hanya menjadi sumber cecair untuk tubuh, kandungan yogurt yang memiliki banyak nutrisi, kalsium dan protein sangat baik untuk anda yang sedang berpuasa.

Anda boleh tambah buah-buahan ke dalam yogurt untuk mendapatkan air yang lebih banyak ketika bersahur. - suara.com

sahur, haus, puasa, tip, air

Artikel Berkaitan

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain