suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bab ‘hygiene’ memang nombor satu, tapi ketiak tetap gelap... Ini 5 punca kulit bawah lengan hitam, ramai terlepas pandang!

Ketiak yang berwarna gelap boleh menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan diri. -Gambar hiasan AI

KETIAK yang cerah dan bersih sememangnya menjadi idaman ramai, namun hakikatnya bukan semua individu bernasib baik kerana ada yang terpaksa berdepan dengan masalah kulit pada bahagian tersebut.

Lebih merunsingkan apabila kulit ketiak menjadi semakin gelap meskipun kebersihan diri dijaga dengan baik.

Menjelaskan situasi yang sering merantai masyarakat, pakar dermatologi Dr Alok Vij berkata, terdapat beberapa tabiat harian yang tanpa disedari boleh menjadi penyumbang kepada perubahan warna kulit di bahagian ketiak.

Malah menerusi laman sesawang Cleveland Clinic, beliau turut berkongsi beberapa cara yang boleh dilakukan bagi membantu mencerahkannya.

1. Kerap mencukur bulu ketiak

Amalan mencukur bulu ketiak boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit. 

Bagi segelintir individu, keadaan itu boleh mencetuskan hiperpigmentasi yang menyebabkan bahagian berkenaan kelihatan lebih gelap.

Produk penjagaan kulit ketiak yang menyebabkan iritasi boleh mengakibatkan bahagian tersebut lebih gelap. -Gambar hiasan AI

Produk penjagaan kulit ketiak yang menyebabkan iritasi boleh mengakibatkan bahagian tersebut lebih gelap. -Gambar hiasan AI

2. Geseran akibat pakaian yang terlalu ketat

Pemakaian pakaian yang terlalu ketat boleh menyebabkan geseran berulang pada kulit ketiak.

Lama-kelamaan, keadaan itu berpotensi menyumbang kepada perubahan warna kulit.

3. Menggunakan deodoran yang menyebabkan iritasi

Sesetengah produk deodoran mengandungi bahan yang boleh menyebabkan kerengsaan, terutama bagi individu yang mempunyai kulit sensitif.

Jika keadaan itu berterusan, ia boleh memberi kesan terhadap warna kulit ketiak.

4. Jarang melakukan eksfoliasi

Pengumpulan sel kulit mati pada bahagian ketiak boleh menyebabkan kulit kelihatan kusam dan lebih gelap. 

Oleh itu, eksfoliasi secara berkala dapat membantu menanggalkan sel kulit mati sekali gus mengembalikan warna asli ketiak anda.

5. Berat badan atau masalah kesihatan tertentu

Dalam sesetengah kes, ketiak menjadi gelap disebabkan faktor berat badan atau masalah kesihatan seperti rintangan insulin. 

Oleh itu, pemeriksaan doktor disarankan sekiranya perubahan warna berlaku tanpa sebab yang jelas.

Artikel Lain