Hatta (tengah) ketika menerima pengiktirafan daripada wakil MBOR, Siti Hajar (bertudung) pada majlis penutup KLFW 2026.
BAYANGKAN sebuah lukisan yang selama ini hanya tergantung kaku di dinding, tiba-tiba 'hidup' dan melangkah anggun di atas pentas peragaan.Itulah cetusan idea kreatif di sebalik karya couture terbaharu pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat, 44, yang dipersembahkan pada acara kemuncak Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2026 di Esplanade pada Ahad. Bukan sekadar helaian gaun biasa, busana berkenaan tampil memukau seolah-olah sebuah kanvas bergerak apabila setiap elemen lukisan diterjemahkan secara halus ke dalam fabrik, bentuk, tekstur dan perincian couture.Antara rekaan Hatta yang diperagakan di pentas KLFW pada Ahad malam.Lebih membanggakan, karya penuh seni itu bukan sahaja berjaya mencuri perhatian di pentas peragaan, malah turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi rekod 'Gandingan Busana Couture dan Karya Lukisan Terbanyak dalam Satu Pentas Peragaan'.Justeru, Hatta turut menerima sijil pengiktirafan tersebut daripada Pegawai Rasmi MBOR, Siti Hajar Johor.Menerusi edisi KLFW 2026, Hatta mengetengahkan dua segmen utama iaitu koleksi Linger yang menampilkan 22 rekaan sedia dipakai (RTW).Antara lukisan asli yang dipamerkan pada pentas KLFW 2026, sebelum diterjemahkan menjadi rekaan haute couture menerusi koleksi SOUL.Manakala koleksi kedua iaitu Soul pula menampilkan rekaan couture berkonsepkan fantasi sentuhan eksperimental yang lebih berani dan terserlah.Dalam koleksi Soul, sebanyak 10 lukisan asli ciptaan Hatta dipadankan dengan 10 rekaan haute couture yang dihasilkan berdasarkan karya seni berkenaan.Hasilnya, penonton bukan sahaja dapat menghayati karya seni di atas kanvas, malah menyaksikan sendiri bagaimana lukisan tersebut berubah menjadi sebuah busana yang bergerak indah bersama pemakainya di pentas.Syafinaz Selamat, Bella Astillah, Nur Fazura, Tiz Zaqyah dan Nas Amer turut hadir memeriahkan KLFW pada Ahad.Konsep unik itu secara tidak langsung merubah pentas peragaan menjadi seakan-akan galeri seni hidup apabila setiap lukisan dipamerkan sejajar dengan busana yang diinspirasikannya.Menurut Hatta, idea luar biasa tersebut tercetus daripada persoalan mudah tetapi cukup mencetuskan imaginasi mengenai apa akan berlaku jika sebuah lukisan meninggalkan kanvas dan menjadi gaun?"Kali ini, lukisan itu tidak kekal di dinding. Ia berjalan di pentas peragaan," kata Hatta.Ning Baizura mengadakan persembahan istimewa pada acara penutup KLFW 2026 yang berlangsung di Esplanade, KLCC.Pengiktirafan itu juga menandakan rekod kebangsaan ketiga buat Hatta, sekali gus mengukuhkan lagi portfolio cemerlangnya sepanjang penglibatan lebih dua dekad dalam arena fesyen tanah air.Sepanjang kerjayanya, Hatta Hatta sememangnya terkenal dengan kepakaran menghasilkan karya couture, busana pengantin, fesyen lestari serta kebolehannya menggabungkan elemen seni, budaya dan penceritaan dalam setiap rekaan.Bagi Hatta, seni couture bukan sekadar pakaian di tubuh, sebaliknya suatu karya yang dapat dilihat, dirasai dan diabadikan dalam ingatan.Antara rekaan haute couture dalam koleksi Soul Hatta Dolmat yang diinspirasikan daripada karya lukisan aslinya, dipersembahkan pada pentas KLFW 2026.Untuk makluman, KLFW 2026 yang memasuki edisi ke-14 merupakan antara acara fesyen terbesar negara yang menghimpunkan lebih 50 pereka fesyen dan jenama tempatan dengan paparan kira-kira 800 rekaan kreatif.Antara nama-nama besar yang turut menyerikan pentas kali ini termasuklah Rizman Ruzaini, Fizi Woo, Yomirizwa Gupta dan Asyraf Arrif.Berlangsung meriah dari 3 hingga 9 Ogos, acara berprestij itu turut mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersempena dengan kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.