Pemakanan seimbang yang merangkumi sumber magnesium penting bagi memastikan keperluan mineral harian tubuh dipenuhi. -Gambar hiasan AI
SESETENGAH wanita masih mengalamai masalah keguguran rambut walaupun sudah menggunakan serum, skrub atau minyak rambut yang mahal.Sebenarnya, selain penjagaan luaran, pengambilan nutrisi yang mencukupi juga penting untuk memastikan rambut kekal sihat. Salah satu mineral yang kurang diberi perhatian ialah magnesium.Magnesium memainkan peranan dalam beberapa proses penting dalam tubuh termasuk sintesis protein, peredaran darah dan pengurusan tekanan. Ia juga dipercayai membantu mengawal pengumpulan kalsium di kulit kepala yang boleh mempengaruhi kesihatan folikel rambut.Daripada terus mengambil makanan tambahan dalam bentuk kapsul, pengambilan makanan semula jadi yang kaya dengan magnesium boleh menjadi salah satu alternatif dalam diet harian.Berikut lima makanan yang boleh dimasukkan dalam menu harian:1. Biji labuBukan sahaja kaya dengan magnesium, malah mengandungi zink dan asid lemak omega-3 yang penting untuk kesihatan rambut.Segenggam biji labu boleh membekalkan sebahagian besar keperluan magnesium harian dan boleh dijadikan snek atau ditambah ke dalam salad, yogurt dan smoothie bowl. 2. BayamAntara sumber magnesium yang baik. Secawan bayam yang dimasak mengandungi kira-kira 157 miligram magnesium.Sayuran hijau ini turut mengandungi zat besi, folat dan vitamin A yang menyokong kesihatan kulit kepala serta membantu penghantaran oksigen kepada folikel rambut.Penjagaan rambut bukan sekadar bergantung kepada penggunaan syampu semata-mata, sebaliknya memerlukan rutin penjagaan yang menyeluruh. -Gambar hiasan3. PisangSebiji pisang bersaiz sederhana mengandungi kira-kira 32 miligram magnesium, selain kaya dengan kalium dan vitamin B6. Ia membantu menyokong keperluan tubuh dan pengurusan tekanan.Memandangkan tekanan boleh menjadi antara faktor yang menyumbang kepada keguguran rambut, pengambilan secara konsisten penting untuk kesihatan keseluruhan.ARTIKEL BERKAITAN: Guna glycolic asid nak putihkan ketiak, tapi makin hitam! Ini tiga kesilapan yang ramai buat4. AvokadoSebiji avokado mengandungi kira-kira 58 miligram magnesium serta kaya dengan biotin, vitamin E dan lemak sihat.Gabungan nutrien ini membantu menyokong kesihatan kulit dan rambut. Avokado juga mudah dimasukkan ke dalam menu seperti salad, roti bakar atau smoothie.5. Beras perangBukan sahaja menjadi sumber karbohidrat yang lebih tinggi serat, malah turut mengandungi magnesium. Ia menyokong beberapa proses dalam badan termasuk penghasilan protein, yang penting untuk pertumbuhan dan kekuatan rambut.Menjadikan beras perang sebagai sebahagian daripada diet seimbang boleh membantu memenuhi keperluan nutrien harian.