suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan sahaja nampak ‘glowing’, rupanya ada banyak manfaat ‘body oil’ untuk kulit

Kulit yang cukup lembapan boleh menghasilkan penampilan yang lebih sihat dan 'glowing'. -Gambar hiasan AI

KULIT yang cantik bukan sekadar nampak cerah atau berseri, tetapi juga terasa lembut, anjal dan cukup lembapan.

Dalam kesibukan seharian, ramai yang terlepas pandang tentang rutin penjagaan kulit badan.

Ada yang beranggapan rutin penjagaan kulit sekadar menyapu losen selepas mandi, malah ada yang hanya menggunakannya apabila kulit mula terasa kering.

Jika selama ini losen menjadi pilihan utama, mungkin sudah tiba masanya untuk memberi peluang kepada satu lagi produk penjagaan kulit iaitu body oil.

Penggunaan minyak untuk penjagaan kulit sebenarnya bukan sesuatu yang baharu. 

Amalan ini telah digunakan sejak berabad-abad lamanya di beberapa kawasan termasuk Afrika, Timur Tengah dan Asia.

Selain membantu memberikan kelembapan, minyak badan juga dikatakan mampu membantu menjadikan kulit lebih lembut serta memberikan kilauan semula jadi.

Jadi, apa sebenarnya manfaat body oil dan mengapa ia semakin menjadi sebahagian daripada rutin penjagaan kulit?

1. Memberi kelembapan lebih mendalam

Berbeza dengan losen berasaskan air yang kebanyakannya berada di permukaan kulit, minyak badan membantu membekalkan dan mengekalkan kelembapan pada lapisan perlindungan kulit.

Hasilnya, kulit boleh terasa lebih lembut dan anjal untuk tempoh yang lebih lama, berbanding sekadar rasa lembap seketika selepas menyapu losen.

2. Waktu terbaik sapu selepas mandi

Kalau mahu mendapatkan manfaat maksimum daripada body oil, waktu selepas mandi antara masa yang paling sesuai untuk menggunakannya.

Tidak perlu menunggu kulit benar-benar kering. Sebaliknya, sapukan minyak ketika kulit masih sedikit lembap.

Minyak bertindak membantu 'mengunci' kelembapan yang masih terdapat pada permukaan kulit, sekali gus mengurangkan kehilangan air daripada kulit sepanjang hari.

Penggunaan losen juga mampu melembapkan kulit namun body oil memberi kesan lembapan yang lebih mendalam. -Gambar hiasan

3. Bantu kekalkan keanjalan kulit

Minyak yang kaya dengan asid lemak penting membantu menyokong struktur dan fungsi lapisan perlindungan kulit supaya ia kekal lembut serta lebih anjal.

Ia boleh menjadi pilihan untuk mereka yang mengalami perubahan berat badan, ketika hamil atau sekadar mahu memasukkan elemen penjagaan kulit tambahan dalam rutin anti-penuaan.

4. Buat kulit nampak lebih berseri

Pernah tertanya-tanya bagaimana kulit selebriti kelihatan begitu bersinar ketika berada di atas karpet merah?

Selain solekan, kulit yang cukup lembapan juga boleh menghasilkan penampilan yang lebih sihat dan bercahaya.

Beberapa titis body oil boleh memberikan kemasan berkilau semula jadi pada kulit tanpa perlu menggunakan produk highlighter yang berlebihan.

5. Membantu melegakan kulit kering dan kasar

Masalah seperti tompok kulit kering, siku kasar atau kulit yang mudah mengalami iritasi sememangnya boleh mengganggu penampilan dan keselesaan.

Bagi pemilik kulit sensitif atau mudah bertindak balas terhadap produk tertentu, pemilihan body oil juga perlu dilakukan dengan berhati-hati.

6. Tak melekit

Body oil yang dirumus dengan campuran minyak yang mudah diserap boleh meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan rasa terlalu berminyak.

Kuncinya adalah jangan menggunakan terlalu banyak. Beberapa titis sudah memadai, terutama apabila ia disapu pada kulit yang masih sedikit lembap selepas mandi.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak semestinya telan suplemen... Ini 5 makanan sumber magnesium semula jadi atasi rambut gugur

7. Kaya dengan nutrien untuk kulit

Minyak berasaskan tumbuhan secara semula jadi mengandungi pelbagai nutrien seperti vitamin, antioksidan dan asid lemak penting yang membantu menyokong kesihatan kulit.

Antara minyak tumbuhan yang sering digunakan dalam produk penjagaan kulit ialah minyak baobab, marula dan moringa.

Ramuan berasaskan tumbuhan ini menjadi pilihan kerana kandungan nutriennya yang dapat membantu menyuburkan dan mengekalkan keadaan kulit.

Pucuk pangkalnya, apa jua produk penjagaan kulit yang digunakan, hasilnya tidak akan kelihatan sekiranya hanya dipakai sekali-sekala tapi perlulah konsisten.

Artikel Lain