suria

Jasmine Suraya dan Hawa Rizwana jadi bomba, tak sangka ada semangat juang dalam diri

Jasmine dan Hawa menjadi dua peserta wanita dalam Real Men versi Malaysia.

PELAKON dan pengacara Jasmine Suraya dan Hawa Rizwana antara lapan selebriti bakal muncul dalam program realiti adaptasi Korea Selatan iaitu Real Men Malaysia: Wira Merah.

Berbeza dengan versi Korea Selatan, Real Men Malaysia: Wira Merah bakal memperlihatkan kesemua peserta menyertai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjalani latihan padu dan dapat sebagai anggota bomba.

Ia bertujuan untuk masyarakat mengetahui dan mengenali tugas sebenar sebagai seorang ahli bomba yang bukan sekadar bertugas memadam kebakaran.

real man 3

Jasmine dan Hawa teruja ditawarkan terlibat dalam program Real Men.

Selain Jasmine dan Hawa, enam lagi peserta yang terlibat adalah atlet negara dalam sukan speed climbing iaitu Mat Redho, pempengaruh media sosial Arieff Yong, pelawak Shashic, model Eric Lay, pengacara Daniel Cheng dan pelakon Wafiy Aan.

Dalam pada itu, Jasmin atau Jasmine Suraya Chian Xian Mei, 34, berkata, penyertaannya dalam program realiti tersebut membuatkan dia sedar semangat juang yang kuat terdapat dalam diri.

“Saya gembira dapat menyertai program ini dan sebenarnya tidak menyangka saya mempunyai semangat juang yang tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Keluarga tak halang pilih jalan hidup sendiri, isu agama peribadi buat Jasmine Suraya

ARTIKEL BERKAITAN: Selamba bertepuk tangan dengan penyanyi baharu, Hawa Rizwana mohon maaf khilaf soal pergaulan

“Baru saya sedar apabila manusia itu menghadapi rintangan, kita tahu sebenarnya kita mempunyai semangat kuat dalam mengatasi sebarang halangan,” katanya.

Jasmin berkongsi perkara itu ketika sidang media pelancaran Real Men Malaysia: Wira Merah yang diadakan di Balai Bomba Jalan Hang Tuah yang diadakan di Kuala Lumpur pada Selasa.

Sementara itu, Hawa pula menyifatkan penggambaran selama 22 hari di Terengganu bukan sahaja memberi cabaran malah meninggalkan pengalaman manis.

Ketika menerima tawaran tersebut saya tak tahu siapa peserta lain yang turut serta sehinggalah bertemu untuk sesi pengenalan

HAWA RIZWANA

PENGACARA/PELAKON

Kata Hawa, sebelum menyertai program tersebut dia tidak pernah bekerjasama dengan tujuh peserta lain namun bersyukur keserasian yang terbina membuatkan tugas di JBPM berlancar lancar.

"Ketika menerima tawaran tersebut saya tak tahu siapa peserta lain yang turut serta sehinggalah bertemu untuk sesi pengenalan.

"Alhamdulillah kerjasama dan keserasian yang terbina di antara kami cukup baik dan menjadikan pengalaman menyertai program tersebut sangat menyeronokkan," katanya.

real man 2

Barisan selebriti yang menyertai Real Men.

Program Real Men versi Korea Selatan menampilkan paparan sebenar latihan ketenteraan selama 24 jam yang penuh dengan cabaran dan rintangan.

Antara selebriti Korea yang pernah menyertai program realiti ini adalah Lisa Blackpink, Jackson Wang, Henry Lai dan Julien Kang.

Real Men Malaysia: Wira Merah akan menemui penonton setiap Ahad bermula 30 Julai pada pukul 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain