suria

[V] Nabila Razali perjelas ke Genting Highlands dengan lelaki berjambang, tak tolak sedang kenali hati budi

PENYANYI Nabila Razali tidak melihat penularan rakaman dia bersama seorang jejaka sedang bersiar-siar di Genting Highlands sebagai isu yang patut diperbesarkan.

Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 31, berkata, perkara itu mendapat perhatian mungkin disebabkan statusnya sebagai seorang selebriti dan peminat sentiasa ingin mengambil tahu mengenainya.

"Sebenarnya tiada isu pun saya mahu keluar dengan siapa sebab saya berkawan dengan ramai orang.

nabila razali 3

Nabila enggan terburu-buru bercakap soal cinta.

"Khai Bahar pun saya pernah keluar bersama, mungkin disebabkan saya ini selebriti maka apa saya lakukan akan menjadi perhatian ramai," katanya kepada mStar.

Nabila menjelaskan perkara tersebut selepas tular rakaman peminat di media sosial menunjukkan dia sedang berjalan berdua-duaan dengan seorang lelaki di pusat peranginan berkenaan.

ARTIKEL BRKAITAN: Terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, Nabila Razali tahan penunggang motosikal tumpang ke lokasi show

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Berkat menyimpan Nabila Razali akhirnya beli rumah jutaan ringgit! Manfaatkan ilmu seni bina untuk hiasan dalaman

Dalam video tersebut, Nabila tidak cuba berselindung ketika sedang berjalan dengan lelaki berjambang itu.

Mengulas lanjut mengenai jejaka bersamanya, Nabila enggan mengulas lanjut namun dalam nada gurau mengakui sedang mengenali hati seseorang.

Biarlah orang terus berteka-teki. Sebenarnya tiada isu pun saya nak keluar dengan sesiapa

NABILA RAZALI

PENYANYI

Penyanyi lagu Peluang Kedua ini juga turut tidak menolak sekiranya lelaki dimaksudkan adalah rakan sekerja yang bakal membuat penampilan khas dalam karya terbaharu akan datang.

"Buat masa ini biarlah saya sahaja yang tahu. Biar orang terus berteka-teki.

"Saya tak boleh nak beritahu apa-apa sekarang. Mungkin juga gimik untuk lagu akan datang. Jadi teruslah ikut perkembangan kerjaya seni saya," katanya.

nabila razali 2

Nabila mohon peminat lebih fokus pada cerita perkembangan kerjaya.

Tambah Nabila, buat masa ini dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menamatkan zaman bujang sebaliknya mahu memberi fokus kepada karier.

"Sekarang ini saya hanya fokus diri sendiri dan kerjaya dahulu. Soal jodoh itu kita tidak tahu.

"Terus doakan yang terbaik. Saya juga berharap peminat terus memberi fokus kepada kerjaya seni," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain