suria

Anak cerita detik Pahamin Rajab ditemukan pengsan dalam tandas pesawat... Juruterbang minta kebenaran mendarat awal

Bapa mentua Azhar dikebumikan di London.

ABANG ipar kepada pelakon Azhar Sulaiman mendedahkan bapanya iaitu Datuk Pahamin Ab Rajab baru sahaja pulang daripada menunaikan ibadah haji di Makkah pada 7 Julai lalu sebelum terus berangkat ke London pada keesokan harinya.

Armin Baniaz Pahamin, 51, berkata, mereka sekeluarga sempat menikmati makan malam bersama sebelum Allahyarham menaiki penerbangan ke London pada pukul 6 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Ayah balik daripada menunaikan haji pada Jumaat lalu. Kami sekeluarga sempat menikmati makan malam bersamanya," katanya.

azhar2 - 1

Anak lelaki Pahamin iaitu Armin memaklumkan keluarga memilih mengebumikan arwah di London.

Armin berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah video yang kongsi semula Azhar di Instagram miliknya pada Selasa.

Dalam pada itu, Armin berkata, sewaktu penerbangan arwah pengsan di dalam tandas sebelum kru kabin dan doktor dalam pesawat cuba memberi bantuan kecemasan.

"Kabin kru dan doktor cuba untuk menyedarkannya semula, mereka cuba lebih daripada satu jam.

ARTIKEL BERKAITAN: Kasih Iris Leona terkilan tak dapat beri pelukan terakhir, tiada lagi peluang buat Pahamin Rajab bangga

ARTIKEL BERKAITAN: Pahamin Rajab meninggal dunia kena serangan jantung dalam penerbangan ke London

"Juruterbang juga sudah mendapat keizinan untuk mendarat di Lapangan Terbang Heathrow lebih awal malah pasukan paramedik sudah menunggu tetapi sudah sampai masa dia pergi," katanya.

Sementara itu, Azhar memaklumkan, jenazah Allahyarham akan diuruskan pada pagi Rabu (esok) dan dijangka dikebumikan selepas solat Zohor di Gardens of Peace, Five Oaks Lane, Chigwell IG7 4 QP, London.

Pada 9 Julai lalu, Pahamin, 77, meninggal dunia ketika dalam penerbangan ke London akibat serangan jantung.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain