suria

[V] Berkat menyimpan Nabila Razali akhirnya beli rumah jutaan ringgit! Manfaatkan ilmu seni bina untuk hiasan dalaman

BERKAT cermat dan menyimpan hasil kerja keras selama 10 tahun sebagai anak seni, penyanyi Nabila Razali akhirnya berjaya memilik kediaman impian yang secara keseluruhan bernilai jutaan ringgit.

Puas dengan pencapaian peribadi itu, Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 31, berkata, dia bersyukur rezeki untuk membeli rumah pertama dipermudahkan Allah SWT.

"Syukur segala urusan dipermudahkan. Sebenarnya saya fikir mungkin lama lagi akan dapat beli rumah sendiri tetapi tak sangka berjaya memilikinya sekarang.

"Alhamdulillah berkata menyimpan dan cermat hasil bergelar anak seni, hasilnya dapat membeli rumah. Saya banyak menahan nafsu berbelanja ke arah perkara lain supaya dapat mengumpul wang," katanya kepada mStar.

nabila 1

Nabila tampil dengan konsep sendiri untuk hiasan dalam rumah.

Nabila ditemui ketika majlis rumah terbuka Aidilfitri dan meraikan kemasukan rumah baharunya yang mula didiami sejak enam bulan lalu.

Apa bertambah istimewa kata Nabila, dia sendiri menyumbang pelbagai idea untuk projek ubai suai kediaman teres berkembar yang terletak di Rawang, Selangor itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali terima jika netizen kecam, tapi kesal sindiran datang daripada rakan artis... “Public figure kena tunjuk contoh baik”

ARTIKEL BERKAITAN: Terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, Nabila Razali tahan penunggang motosikal tumpang ke lokasi show

Kata Nabila, ilmu dalam bidang seni bina yang dipelajarinya ketika menuntut di universiti dahulu kini dapat digunakan untuk rumahnya sendiri.

"Berguna juga ilmu yang saya belajar sebelum ini... semua konsep dalam rumah ini adalah impian saya dengan kerjasama pereka dalaman yang merialisasikan idea saya mahukan.

Dahulu saya belajar dalam bidang seni bina sebelum masuk dalam industri seni. Jadi berguna juga ilmu yang saya belajar sebelum ini

NABILA RAZALI

PENYANYI

"Untuk proses ubah suai saya tidaklah berbelanja terlalu besar sebaliknya saya utamakan apa yang orang nampak dahulu seperti ruang tamu dan ruang maka," jelasnya.

Tambah Nabila keputusan untuk tinggal sendiri juga adalah atas dorongan kedua ibu bapa yang mahu dia hidup berdikari.

nabila razali 2

Nabila belajar hidup berdikari di rumah sendiri.

Penyanyi lagu Peluang Kedua ini juga berharap dapat membawa ibu bapanya untuk tinggal bersama namun mereka masih belum biasa menyesuaikan diri di sana.

"Rumah ibu bapa saya pun tidak jauh. Mereka selalu datang ke sini. Saya mahu ajak mereka tinggal bersama, tetapi ibu dan ayah lebih selesa di rumah mereka.

"Ibu juga sering berpesan untuk saya belajar hidup sendiri dan berdikari. Usia juga semakin meningkat, jadi kenalah uruskan diri sendiri,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain