suria

Big Stage 5 buat kejutan, pelawak popular Indonesia Rina Nose pengacara bersama Elly Mazlein 

Elly dan Rina bergandingan sebagai pengacara BS5.

PROGRAM realiti Big Stage musim kelima (BS5) yang membuka tirai pada malam Ahad membuat kejutan apabila mengumumkan pelawak popular Indonesia Rina Nose sebagai hos gandingan bersama Elly Mazlein.

Rina atau Nurina Permata Putri, 39, tampil sewaktu acara pembukaan dengan menyanyikan lagu Rindu nyanyian Hetty Koes Endang pada konsert pertama yang berlangsung pada malam Ahad.

Menerusi persembahan tersebut, Elly membuat gimik mengumumkan nama Hetty sebagai penyanyi jemputan sebelum Rina tampil dengan busana rona biru dan berhijab seperti artis legenda berkenaan.

rina nose 2

Rina tampil sebagai Hety Koes Endang bagi mengejutkan peminat.

Tidak hanya itu, komposer dan penyanyi Ajai turut diperkenalkan sebagai juri tetap yang akan menemani Aina Abdul bagi menilai persembahan peserta.

Manakala pelakon Nora Danish pula dipilih sebagai Presiden Netizen yang akan membacakan setiap komentar netizen yang dimuat naik di laman Twitter.

BS5 menampilkan 10 finalis dari Malaysia yang bakal bersaing merebut gelaran juara termasuk Aufa Haniee, kumpulan COEX, Nadeera Zaini dan Puteri Khareeza.

ARTIKEL BERKAITAN: Jadual seni Elly Mazlein padat, suami tetap tunggu setiap kali pulang lewat malam

ARTIKEL BERKAITAN: Erma Fatima intai pelawak Indonesia Rina Rose untuk musim ketujuh Mak Cun

Enam bintang lelaki pula adalah Isaac Voo, Firdaus Rahmat, Meer Nash, Naufal Azrin, Putera Muhammad dan duo Dem Lepak Boy.

Tiga peserta lain dari Indonesia diwakili oleh Waode, Farhan Shah dari Singapura dan Hoondoo dari Korea Selatan.

Pertandingan yang diadakan di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan BS5 disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104), Ria HD (123) pada setiap Ahad, pukul 9 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain