suria

Keluarga syak Mel Wings ada masalah jantung, bahang turut jadi punca rebah ketika solat tarawih

Ewal beritahu bapanya Mel kini stabil dan sedang tunggu tarikh pemeriksaan lanjut.

KELUARGA mengesyaki bekas vokalis kumpulan Wings iaitu Mel mengalami masalah jantung susulan rebah ketika menunaikan solat tarawih di sebuah surau pada malam Khamis.

Anak lelaki Mel yang juga penyanyi Ewal bagaimanapun memberitahu perkara itu hanya boleh dipastikan selepas bapanya itu melakukan pemeriksaan terperinci di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 21 Mac ini.

"Sebenarnya doktor pun tidak memberi informasi jelas mengenai keadaan bapa tapi kami sekeluarga rasa mungkin ada kena mengena dengan masalah jantung.

"Apa-apa pun kena tunggu pemeriksaan kesihatan di HKL pada 21 Mac nanti," katanya ketika dihubungi mStar.

size NP 1 (75)

Ewal terkejut selepas diberitahu bapanya Mel dikejarkan ke hospital selepas rebah sejurus selesai solat tarawih.

Ewal berkongsi perkara itu selepas Mel rebah ketika melakukan solat tarawih di surau berdekatan kediamannya di Bukit Jalil, Selangor.

Dalam pada itu, Ewal atau Ikhwal Hafiz Ismail, 32, berkata, cuaca panas sejak kebelakangan ini turut menyumbang kepada punca bapanya rebah di surau tersebut.

Kata Ewal, ketika kejadian dia berada di rumah dan terkejut apabila dimaklumkan bapanya rebah di surau dan bergegas ke HKL.

"Waktu solat di surau itu pun memang terasa bahang... Kemudian selepas makan apa semua, bapa rebah betul-betul selepas habis solat tarawih.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas vokalis Wings Mel rebah ketika solat tarawih, dikejarkan ke HKL

ARTIKEL BERKAITAN: Mel (Wings) selesa jadi pendakwah

"Ketika kejadian saya berada di rumah dan adik perempuan telefon sekitar pukul 11 malam dan terkejut apabila diberitahu ayah rebah.

"Saya terus ke HKL sebab dimaklumkan ayah dibawa menaiki ambulans," ujarnya.

Bercerita keadaan bapanya, Ewal memberitahu Mel sudah dibenarkan pulang sekitar pukul 9 pagi Jumaat dan hanyan ditahan di wad kecemasan zon kuning.

Kata Ewal tekanan darah tinggi bapanya meningkat ketika di bawa ke hospital namun keadaannya semakin pulih dan sedang berehat.

size NP 1 (74)

Mel kini dalam keadaan stabil dan sedang menunggu pemeriksaan lanjut oleh pihak hospital.

"Tekanan darahnya agak tinggi ketika sampai di HKL tapi apabila sudah ditolak masuk ke zon kuning, Alhamdulillah ayah sudah boleh bercakap.

"Dia juga dibenarkan pulang pagi tadi dan sedang berehat di rumah," jelasnya.

Untuk rekod, Mel memang sering solat berjemaah di surau berdekatan rumahnya malah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) sejak 2017.

Pada 2014, Mel juga pernah diuji dengan serangan angin ahmar dan kesannya berlarutan apabila tiga jari tangan kanannya masih terasa kebas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain