PELAKON Uqasha Senrose mengaku bertindak ‘bodoh’ apabila memilih untuk menutup kisah penderaan yang dialami sepanjang perkahwinan bersama aktor Kamal Adli.
Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, turut tampil mempertahankan tindakan bapanya, Nik Sen Mat Rifin yang membela dirinya kerana dipukul sewaktu hamil serta dalam tempoh berpantang.
"Tak tahu pula bila bapa tahu anak dipukul semasa mengandung, melahirkan dan berpantang baru dua minggu (dah) didera, kena diam diri?

Perkongsian Uqasha di Threads miliknya.
"Aku ini pula bodoh nak tutup sebab tak nak keluarga marah," katanya.
Uqasha berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya pada Jumaat.
Dalam pada itu, Uqasha memberitahu keputusannya untuk tidak bersuara sebelum ini dibuat kerana tidak mahu menimbulkan konflik lebih-lebih lagi dia dan suami merupakan individu dikenali ramai.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Uqasha Senrose dakwa ada bukti video dan gambar jadi mangsa dera Kamal Adli, empat laporan polis pernah dibuat… “Mengandung pun dia boleh pukul saya”
ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Uqasha Senrose dakwa Kamal Adli dayus, tak rela anak dipukul hari-hari - “Kalau kau jantan, lepaskanlah!”
"Orang boleh mempersoalkan kenapa tak buat laporan polis? Saya dengan dia (Kamal) orang kenal tak?," ujarnya.
Sebelum ini, Uqasha tampil membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga sepanjang empat tahun berkahwin dengan Kamal.
Kata Uqasha, selama ini dia memilih untuk berdiam diri demi menjaga aib dan maruah suaminya, namun tekanan yang ditanggung memaksanya bersuara.
Bapa Uqasha menerusi satu temu bual media meminta Kamal agar segera mempercepatkan proses perceraian.
Nik Sen turut menyifatkan Kamal sebagai suami yang dayus kerana didakwa sanggup menyiksa fizikal dan mental anak perempuannya itu.
Pada Khamis, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Kumpur menasihati Kamal untuk melafazkan cerai terhadap Uqasha selepas Jawatankuasa Pendamai (JKP) gagal mencapai kata sepakat.

Uqasha terpaksa membuka mulut demi mempertahankan diri.
Bagaimanapun peguam Uqasha iaitu Muhammad Syazmee Sapian berkata, perkara tersebut tidak ditunaikan memandangkan Kamal masih mahu mempertahankan rumah tangga.
Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


