PEMPENGARUH media sosial, Cik Epal mendedahkan dia terpaksa menanggung kerugian puluhan ribu ringgit apabila percutian yang dirancang bersama anak-anaknya terpaksa dibatalkan pada saat akhir.
Cik Epal atau Nor Munirah Mahmud berkata keputusan itu dibuat kerana tidak dapat bersama anak-anaknya seperti dirancang, sekali gus menyebabkan segala perbelanjaan yang telah dikeluarkan untuk percutian ke Harbin, China itu ‘hangus’.
"Saya terpaksa batalkan percutian, kira 'burn'lah semua wang yang saya sudah keluarkan untuk percutian itu.

Perkongsian Asri di Threads sebelum ini menarik perhatian ramai.
"Kalau tak memang saya nak bawa anak-anak pergi bercuti tetapi disebabkan saya tidak dapat anak-anak saya, tak boleh nak teruskan perancangan ini.
"Saya berhabis puluh ribu untuk percutian ini. Kalau boleh saya nak bercuti dengan anak-anak dan disebabkan itu saya tak dapat nak teruskan percutian ini," katanya kepada mStar.
Cik Epal berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media OHBulan! Paling Viral Online yang diadakan di Balai Berita Bangsar, Kuala Lumpur pada malam Jumaat.
ARTIKEL BERKAITAN: Cik Epal dapat hak jagaan penuh Han dan Yuki, sedia berjiran dengan Jofliam - “Asalkan anak-anak ada ayah walau aku dibuang”
ARTIKEL BERKAITAN: Cik Epal borong baju Melayu untuk ‘dulang boys’, cetus spekulasi bakal tamat zaman janda
Dalam pada itu, Cik Epal menjelaskan punca utama pembatalan percutian tersebut adalah kerana dia tidak dapat bersama anak-anaknya, namun enggan mengulas lanjut mengenainya.
Tambahnya, dia memilih untuk menyerahkan sepenuhnya perkara tersebut kepada pihak mahkamah dan tidak mahu lagi menjadikan isu berkenaan sebagai bahan perbincangan di platform media sosial.
"Sebenarnya saya tidak dapat anak-anak saya. Saya tak nak panjangkan isu ini.
Kira 'burn'lah semua wang yang saya sudah keluarkan untuk percutian itu.
CIK EPAL
PEMPENGARUH MEDIA SOSIAL
"Saya sekarang dah malas nak ulas isu ini di media sosial, saya nak 'bising' di mahkamah saja.
"Apa-apa hal biar mahkamah yang uruskan. Saya dah bawa perkara ini ke mahkamah," ujarnya.
Sebelum ini, pempengaruh Ashhry Atan atau Mohamad Asri Atan memuat naik sebuah hantaran di Threads miliknya meluahkan rasa kecewa kerana perancangannya untuk bercuti di Harbin, China bersama Cik Epal tidak kesampaian.

Cik Epal terpaksa membatalkan percutian bersama anak-anak.
Susulan itu, rata-rata netizen membuat spekulasi perancangan percutian itu tidak dapat diteruskan berikutan anak-anak Cik Epal iaitu Han dan Yuki dipercayai tidak diserahkan oleh bekas suaminya, Jofliam.
Untuk rekod, Cik Epal pernah berkahwin dengan ahli perniagaan Jofliam pada 1 Jun 2014, namun bercerai pada Oktober tahun lalu.
Pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata bernama Han dan Yuki.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


