LEBIH sebulan rumah tangga pasangan pempengaruh Cik Epal dan Jofliam berakhir, persoalan mengenai hak penjagaan kedua-dua anak mereka akhirnya terjawab. Menerusi hantaran di Instagram pada Isnin, Cik Epal memaklumkan hak penjagaan Han dan Yuki, diberikan sepenuhnya kepada dia selaku ibu. "Hak ibu sebagai penjaga termaktub dalam undang-undang. "Alhamdulillah hak jagaan penuh Han dan Yuki dapat dekat aku," tulisnya. Difahamkan prosiding mengenai hak penjagaan anak-anak itu berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada Isnin. Namun begitu, Cik Epal turut menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan bekas suaminya mengenai urusan penjagaan kedua-dua anak mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Status hubungan dengan Cik Epal cetus tanda tanya, Jofliam dakwa difitnah curang - “Saya bukan lagi suami sesiapa” ARTIKEL BERKAITAN: Jofliam ceraikan Cik Epal... Jodoh berakhir selepas 10 tahun bersama "Hari ini aku bersedia berbincang dan demi kepentingan anak-anak, aku ketepikan bahawa duda aku burukkan aku depan anak, aku ketepikan hal aku diburuk-burukkan dan aku ketepikan fakta dia curang. "Dia bapa yang baik. Aku tak bagi call sebab dia sentiasa akan gunakan pelbagai cara untuk rakam dan manipulasi keadaan. "Demi anak-anak, aku cari rumah dekat supaya duda aku boleh jumpa dan boleh gilir-gilir jaga. Boleh jumpa anak anak selalu. Sebab aku sayangkan anak-anak aku," tulisnya lagi. Pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata sepanjang sedekad melayari rumah tangga. Bagaimanapun usahawan tersebut berkata dia tidak teragak-agak untuk menarik kembali persetujuan berkaitan hak jagaan anak-anak jika bekas suami berterusan memburukkannya. "Aku harap lepas ni duda aku tak buruk-burukkan aku lagi. Kalau tak, aku memang akan fight semula. "Mengalah demi anak. Asalkan anak gembira dan punya ayah walaupun aku dibuang. Mama sentiasa sayang Han dan Yuki," tulisnya lagi. Sebagai rekod, pada 9 Oktober lalu, Cik Epal mengumumkan berita perpisahannya dengan Jofliam selepas sedekad melayari rumah tangga. Bagaimanapun, pempengaruh tersebut tidak mendedahkan tarikh sebenar lafaz cerai dilakukan. Kisah pasangan pempengaruh berkenaan menjadi perhatian ramai selepas Jofliam menerusi beberapa hantaran di Instagram Story pada September lalu mendakwa rumah tangganya menemui titik noktah selepas empat bulan bergolak. Pengasas Pizza Wagyu Jofliam itu mendakwa, dia menjadi mangsa fitnah yang mengaitkannya berlaku curang dengan pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Dewi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube