suria

Penunggang motosikal maut kemalangan, kereta dipandu pelajar langgar lampu isyarat merah

Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh sebuah kereta. -Gambar hiasan

SEORANG pemuda berusia 18 tahun maut apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah kereta yang dipandu seorang remaja perempuan.

Kejadian berlaku di Klebang Utama di Melaka, pada awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kedua-dua mangsa dan pemandu kereta berusia 17 tahun itu tidak mempunyai lesen memandu.

"Mangsa bekerja sebagai pembantu peniaga trak makanan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

"Remaja yang memandu kereta pula tidak mengalami kecederaan. Kereta yang dipandu merupakan milik kakaknya," katanya pada Isnin.

Christoper berkata, pemandu kereta itu merupakan pelajar Tingkatan Lima di sebuah sekolah menengah di Melaka.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kereta yang dipandu dipercayai melanggar lampu merah dekat bulatan Klebang sebelum kejadian berlaku.

"Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan," katanya lagi. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain